“Lagi parah perempuan tu dah kahwin dan ada 2 org anak, ayah dia tak jujur dari awal, kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang sedangkan dia tahu anak dia tu bini orang?”

“Lagi parah perempuan tu dah kahwin dan ada 2 org anak, ayah dia tak jujur dari awal, kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang sedangkan dia tahu anak dia tu bini orang?”

 

Majlis pernikahan dan persandingan bertukar musnah sama sekali. Rentetan itu, seorang lelaki memutuskan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas seorang wanita yang dipercayai seorang anggota unit beruniform di Johor.

Langkah itu dibuat kerana wanita berkenaan disyaki menipu lelaki dan keluarganya memalsukan identiti serta status perkahwinannya sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada dua orang anak.

Panggilan tidak dijawab

Mengikut tarikh yang diberikan, mereka sepatutnya bernikah pada 10 Oktober 2023 dan majlis persandingan pada 11 November 2023.

Kunjungan mereka dari Kuching ke Daro pada mulanya telah menimbulkan persoalan apabila sampai di homestay yang telah ditempah oleh wanita berkenaan, pihak tuan rumah memaklumkan tiada sebarang tempahan dibuat oleh pengantin perempuan.

“Sampai di Daro, kami terus pergi ke homestay yang dah di booking dan terkejut kami bila owner homestay cakap takde apa-apa pesanan bilik yang diterima untuk tarikh tu. Aku pun call la berkali kali bakal pengantin perempuan tapi tak ada respon.

“Disebabkan dah terlalu penat sangat,nak tak nak terpaksa jugak bayar guna duit sendiri untuk homestay termasuk perbelanjaan lain yang sepatutnya diuruskan pengantin perempuan. Bukan main lagi bagitau kat mak aku yang homestay dah diurus semua tinggal nak datang je,” tulisnya.

Tiada persiapan dibuat

Rombongan lelaki meneruskan perjalanan pula keesokan hari ke rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan. Mereka terkejut mendapati tiada langsung persiapan dibuat. Mangsa menghubungi bakal pengantin perempuan beberapa kali, namun panggilan tidak dijawab.

Bagaimanapun, persoalan mereka akhirnya terjawab apabila ibu saudara si pelaku membongkarkan segala-galanya. Di situ juga terungkai, nama diberikan wanita ini Nur Hanie Natasya Binti Taufiq Freddy Kong adalah nama palsu.

“Kitorang decide nak pegi rumah jiran sebelah tu. Rupanya tuan rumah sebelah tu mak saudara si pengantin perempuan. Jadi kitorang bagitau la tujuan datang n tanya pasal pengantin perempuan. Kitorang tanya la sama ada kenal tak dengan pengantin perempuan tu. Bertambah geram dan terkejut bila dorang bagitau nama sebenar dia.

“Yang lagi parah perempuan tu sudah berkahwin dan ada dua orang anak. Ayah dia pun bersubahat sekali dalam kes ni sebab tak jujur dari awal. Kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang dengan aku sedangkan dia sendiri tau anak dia tu bini orang. Memang speechless, kecewa, marah, sedih semua ada, tak mampu dah aku nak cakap apa masa tu.

“Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi, duit hantaran dah dibagi jugak dan maruah keluarga aku lagi,” katanya.

Mangsa buat laporan polis, aduan kepada JIM

Susulan itu juga, mangsa dan keluarga membuat laporan polis ke atas wanita berkenaan dan meminta pihak berwajib mengambil tindakan dan siasatan ke atas wanita ini.

“Kau dah malukan aku dengan keluarga aku. Kau tu kerja badan beruniform, dah mencemarkan imej Jabatan Imigrsen Malaysia.

“Mohon Jabatan Imigresen Malaysia, Kompleks KDN Setia Tropika, Johor Bahru. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor untuk ambik tindakan tegas terhadap anggota ni. Takkan nak simpan anggota yang bermasalah macam ni. Kami sekeluarga pun dia berani tipu apa lagi dalam jabatan. Harap ada tindakan yang tegas diambil ke atas anggota ini. ape pun,” tulisnya.

Difahamkan juga, majlis pertunangan mereka telah berlangsung pada 12 Oktober 2022 di rumah keluarga lelaki di Kuching, atas permintaan bapa kepada wanita itu.