Lagi kisah berkaitan Rumah Bonda didedah, tapi apa kaitan dengan penyanyi lagu Tapak Sulaiman?

Lagi kisah berkaitan Rumah Bonda didedah, tapi apa kaitan dengan penyanyi lagu Tapak Sulaiman?

 

ADAKAH HUMAN TRAFFICKING ATAU PEMERDAGANGAN MANUSIA BERLAKU DI RUMAH BONDA?

Mula-mula Tok nak ucap terima kasih kepada sahabat Tok, TMJ yang begitu lantang dan berani menyuarakan persoalan masyarakat. Tok pasti, TMJ sudah buat homework untuk melontarkan persoalan kepada kita semua.

Anak-anak perasan tak kenapa saudara-saudara kita daripada kaum LGBT dan liberal, tak kira dari UMNO-MCA-MIC-BN, Bersatu-PN dan DAP-PKR-MUDA-PH seakan mendiamkan diri dan tidak berminat untuk membongkar apa yang berlaku di sebalik tabir derita Bella dan NGO Rumah Bonda.

Hangpa perasan tak? Sister In Islam sayu, Suhakam layu, Hannah Yeoh sendu, Anwar Ibrahim sonyap, Siti Kasim tersipu-sipu, Syed Saddiq, Rafidah Aziz, Shahrizat Jalil, Azalina Othman Said dan ramai lagi watak-watak liberal yang datang dari segala parti dan coalition terus membisu.

Peguam-peguam liberal dan LGBTpower seperti Aminahtul, Farhan, Asiah, dan Hafidzah juga mempertahankan Siti Bainun dan Syed Azmi yang diketahui juga daripada kaum LGBTpower. Itulah yang menyebabkan TMJ melontar persoalan kepada kita semua supaya kita semua berfikir?

WHY?

Menurut akta, maksud “pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini;

Ia jelas menunjuk tidak perlukan duit atau bayaran untuk kesalahan dalam akta ini dilakukan.

Apa yang buat Rumah Bonda ini special sangat sehingga tiada pihak daripada parti politik nak menjuarai isu ini? Macam yang ramai dah sebut, ia tip of an iceberg. Kerana banyak rahsia akan terbongkar nanti. Selain tempat mencuci duit para ahli politik, ia juga tempat pengambilan anak angkat kaum politik, vip, vvip selebriti dan LGBT.

Apa servis Rumah Bonda yang ditunjukkan?

Rumah Bonda ini asalnya tempat transit remaja hamil. REMAJA. Remaja-remaja ini biasanya daripada kelas bawahan, yang ada masalah keluarga, naif, miskin dan tiada pelajaran yang baik.

Siapa yang mengepalai Rumah Bonda?

Syed Azmi dan Siti Bainun.

Syed Azmi jaga belah PH, Siti Bainun jaga belah Umno dan Bersatu. Nampak tak gabungan mereka sangat mantap?

Mereke sering mengatakan tiada pengangkatan di Rumah Bonda, tetapi jika disiasat dan diteliti, ia sebenarnya berlaku. Hal ini telah dibuktikan dengan pengakuan mantan Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati yang kini masuk Bersatu.

Perkara ini juga telah diperakui sendiri oleh penghuni-penghuni Rumah Bonda. Bahkan Siti Bainun dan pasukannya telah kalah dalam dalam perbicaraan mendapatkan kembali 5 anak angkatnya. Hangpa pernah tertanya kenapa kalah kalau Siti Bainun orang baik? Pengangkatan dilakukan secara sah menurut aturan undang-undang? Kalau baik kenapa kalah? Kerana Siti Bainun telah melakukan penipuan dalam dokumentasi!

Remaja-remaja itu telah diperdaya, dimanipulasi, dan dibeli untuk menyerahkan anak-anak mereka kepada orang. Budak miskin, muda, naif, tiada backup family yang kuat, mestilah mengalah. Jika ia disiasat secara telus, Tok pasti banyak yang akan terbongkar. Itu yang sahabat Tok, TMJ cuba bagi sedikit ‘teaser’!

Untuk maklumat anak-anak, peguam Siti Bainun, Nur ‘Aminahtul Mardiah juga seorang ‘anak dara’ yang tidak mahu berkahwin dengan lelaki, tetapi memiliki anak angkat. Bagaimana seorang ‘ahli’ LGBT terlepas menjadi seorang ibu angkat? Sama seperti Siti Bainun yang tidak mahu berkahwin dengan lelaki hatta anak Zahid Hamidi yang dia sendiri sangat rapat pun mengambil anak angkat yang ramai.

Persoalan macam mana boleh terlepas inilah kepincangan yang akan membongkar sisi gelap agensi kerajaan yang bernama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga mahkamah kanak-kanak. Kan TMJ dan sebut, it’s a tip of an iceberg kes Bella.

Dah faham kenapa saudara kita kaum LGBT dan liberal tidak mahu menyerang kes Bella dan Rumah Bonda? Bird with same feather flock together. Takkan mereka nak tumbangkan ‘institusi’ mereka mendapatkan dana dan anak?

Mengambil semangat TMJ, Tok seru siasatan penuh dan terbuka terhadap Rumah Bonda melalui penghuni-penghuni Rumah Bonda, keputusan mahkamah 5 anak angkat Siti Bainun yang tewas, baby Adam dan Bella.

Untuk memberi tekanan, Tok minta Elyana si Penyanyi lagu Tapak Sulaiman untuk mendedahkan dari manakah dia mendapatkan anak angkat? Adakah ia melalui proses yang sah? “Tulus” ialah nama salah seorang anak angkat yang Siti Bainun kalah dalam mahkamah. Adakah kebetulan?

Dapat 10000 share, Tok sambung!

Kbye!

Bomoh Bursa