Lagi kes duit hilang tanpa TAC, wanita menangis baki akaun CIMB hanya tinggal RM22.90

Lagi kes duit hilang tanpa TAC, wanita menangis baki akaun CIMB hanya tinggal RM22.90

 

Ingatkan isu scammer merembat duit pengguna bank sudah sedikit reda. Ini kerana tidak banyak kes dilaporkan di media sosial sebagai peringatan buat semua agar berhati-hati dengan duit di bank.

Tapi nampaknya scammer sangat bebas hingga tiada rasa takut untuk terus mengambil wang pengguna meskipun tiada TAC diperlukan hingga penyimpan bank di negara ini tertanya-tanya apa sudah jadi dengan sistem keselamatan bank.

Masih selamat, biasa-biasa saja atau langsung tak selamat? Satu persoalan yang timbul, walau isu scammer ini dihebahkan secara besar-besar tapi nampaknya ia masih belum menemui jalan penyelesaian.

Satu perkongsian dari pengguna Fb, Tharina Amri yang berkongsi hingga duit dari akaun CIMB dan tinggal RM22.90 saja mencetuskan simpati bukan sedikit. Walau jumlah kehilangan hanya ratus-ratus saja tapi ianya amat besar bagi sesetengah orang.

Dari perkongsiannya, Tharina memaklumkan, selalu dirinya hanya membaca kisah orang-orang kehilangan duit tapi dua hari lalu dia mengalaminya sendiri hingga akaunnya berbaki RM22.90 dan itulah saja wang yang ada untuk berbelanja hingga hujung bulan, katanya yang kemudian membuat emoji menangis.

Lagi Duit Hilang Tanpa TAC CIMB, Wanita Menangis Tinggal RM22.90 Hingga Hujung Bulan

Kongsinya:-
Selama ni tengok orang hok kene. Kali ni aku pulok yg kene. Allahuakbar sekelip mata duit hilang tanpa sampai TAC ke ape. Tu je wehh duit blnje smpai akhir bulasaloh nape la aku smpai kene gininya. Tinggal byk tu je. Memang tak selamat dah simpan dalam acc lening.

Dari perkongsiannya, didapati wangnya telah dipindah ke akaun penama Paula Mae Bayaca Layyo secara berturut-turut yang jelasnya bukan nama pilihan warganegara Malaysia.

Jika wang berbaki tidak sampai seribu pun menjadi pilihan scammer, nampaknya pengguna perbankan internet harus lebih berwaspada kerana scammer sudah membuat pilihan secara random akaun siapa yang ada tanpa mengira jumlahnya.

FB: Tharina Amri