Lagi kes dera kanak-kanak OKU!

SORANG LAGI ANAK OKU DISAKITI !!
Seorang rakan fb baru wasap saya, memaklumkan bahawa cucunya, murid tahun 1 yg berusia 7 tahun, seorang anak istimewa autism, murid kelas pendidikan khas, di salah sebuah sekolah Permatang Pauh S.Perai, telah di PULAS TELINGA sehingga BLUE BLACK, oleh seorang guru pendidikan khas, yang bukan guru kelas !
Dengarnya pihak hospital telah pun mengesahkan kes ini sebagai kes dera.
Pihak keluarga merasa sangat terkilan, kerana dikatakan semasa perjumpaan dengan pihak sekolah, pihak sekolah telah menyalahkan murid, sehingga menyebabkan cikgu terpaksa memberi hukuman seperti ini.
Dan dikatakan pihak sekolah juga telah memperlekehkan pihak keluarga kerana tidak memantau perkembangan anak ini.
Really ???
Sekolah boleh jawab macam tu???
Murid ni anak autisma kot !
Saya harap perkara ini disiasat oleh pihak polis dan kementerian pendidikan dgn telus, serta di ambil tindakan yang sewajarnya !!!
Semoga sentiasa ada rasa simpati, kasih dan keikhlasan oleh semua pihak dlm menangani anak2 istimewa.
Sesungguhnya mereka tidak sesempurna kita, kerana itu kita lah yg harus memahami mereka !
Anak istimewa untuk dididik & disayangi, bukan disakiti!!
Mona Din