Kutip dana bina masjid atas nama individu, Daud Kim diselar Korea Muslim Federation

Kutip dana bina masjid atas nama individu, Daud Kim diselar Korea Muslim Federation

 

Nama Youtuber sensasi Korea Selatan, Daud Kim hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini di media sosial

Pernah tular suatu ketika dahulu dia didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita pada tahun 2019.

Bagaimanapun, kemudiannya diselesaikan selepas Daud Kim tampil membuat satu pengakuan dan memohon maaf di saluran YouTube miliknya.

Terbaru, Daud Kim dilihat memuat naik posting dengan menunjukkan dirinya telah membeli sebidang tanah untuk membina sebuah masjid di Incheon, Seoul.

Namun, posting tersebut mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikutnya. Ini termasuk dakwaan   influencer itu sebenarnya menipu selepas meminta derma dengan menggunakan akaun peribadi kononnya bagi pembinaan masjid tersebut.

Menerusi akaun Facebook, Daud Kim memaklumkan selain bercadang membina masjid dia juga mahu menjadikan lokasi itu sebagai studio podcast untuk menyebarkan dakwah.

Image from Daud Kim (Facebook)

Sementara itu, aktivis dan personaliti media sosial iaitu Farah Lee menerusi posting di Facebook miliknya bagaimanapun meluahkan rasa curiga dengan perkara itu susulan terdapat beberapa laporan media di Korea bersama Kim berhubung perkara tersebut.

Menurut Farah atau Nurfarahin Romli, 31, yang pernah menetap di Korea selama lima tahun berpesan agar rakyat Malaysia tidak sewenang-wenangnya menyalurkan derma kepada mana-mana akaun persendirian walaupun tujuan dakwah.

Jelas Farah lagi, kerajaan negara tersebut mengharamkan mana-mana individu menggunakan akaun persendirian untuk mengumpul sumbangan dan jika terdapat unsur penipuan sukar mendapatkan semula kembali wang mereka.

“Walaupun masjid boleh dibangunkan keadaan semasa menyebabkan mendapatkan kebenaran menjadi sukar.

“Sebagai seseorang yang terlibat secara aktif dalam projek amal dan pengumpulan dana saya menekankan kepentingan menjalankan inisiatif tersebut dengan kerjasama bersama NGO berdaftar bagi memastikan pengurusan dana dan audit dana yang telus,” katanya.

Image from FarahLee (Facebook)

Image from FarahLee (Facebook)

Dalam pada itu, Farah turut menyertakan pautan dan artikel berkaitan temu bual Daud dengan media Korea Selatan yang memaklumkan Youtuber itu hanya menandatangani kontrak jual beli tanah dan bukan mendapat hak milik terhadap hartanah tersebut.

Ketika ditemu bual, Daud Kim memberitahu wartawan JBTC dia merancang membina sebuah bangunan yang boleh digunakan untuk tujuan membuat ‘content’ termasuk ruang solat atau seumpamanya.

Manakala seorang pegawai daerah Jung-gu di Incheon memberitahu walaupun kebenaran diberikan namun bangunan yang bakal dibina dijangka bersaiz kecil di antara 65 hingga 100 meter.

Image from FarahLee (Facebook)

Image from FarahLee (Facebook)

Korean Muslim Federation turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu Daud Kim di laman rasmi mereka

Korea Muslim Federation (KMF) menyatakan mereka adalah satu-satunya pertubuhan Islam yang berdaftar secara rasmi dengan kerajaan Korea.

Semua Masjid di seluruh negara yang dikaitkan dengan Persekutuan Muslim Korea didaftarkan di bawah nama KMF, dan tiada sesiapa dibenarkan mendaftar atas nama individu atau mengumpul dana untuk pembinaan Masjid.

“Kami ingin memaklumkan bahawa kutipan derma untuk pembinaan Masjid oleh Daud Kim yang baru-baru ini telah ditanya tentang KMF oleh pelbagai pertubuhan dan individu Islam di dalam dan luar negara, tiada kaitan dengan KMF dan merupakan aktiviti mengumpul dana oleh Daud Kim secara peribadi,” menurut portal Says Seismik.

Terdahulu, Ayana Jihye Moon turut memberi ‘amaran’ mengenai isu tersebut dan meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan yang mungkin berlaku

Untuk rekod, Daud Kim atau nama sebenarnya Kim Kyun-woo sebelum ini dikenali sebagai Jay Kim aktif sebagai penyanyi, pelakon dan pencipta kandungan di YouTube.

Pada September 2019, dia mengumumkan sudah memeluk Islam menerusi sebuah video di YouTube. Dia juga kerap kongsikan lawatannya ke Makkah dan Madinah.

Malah pada bulan Ramadan 2022, Daud Kim turut mengerjakan umrah buat pertama kali.