Kulit wanita ini bertukar oren gara-gara terlebih banyak makan lobak merah

Kulit wanita ini bertukar oren gara-gara terlebih banyak makan lobak merah

 

Kulit seorang wanita di China bertukar menjadi warna oren selepas dia makan sehingga 500 gram lobak merah selama tiga bulan, lapor laman berita MSNews semalam.

Bermula Julai lalu, wanita tersebut makan sayur-sayuran rendah kalori dan bukannya makanan biasa.

Dia  juga mendakwa makan sekitar 200 gram hingga 500 gram lobak merah setiap hari.

Sekitar cuti Hari Kebangsaan China pada 1 Oktober lalu, dia melihat ke cermin dan terkejut apabila mendapati wajahnya bertukar menjadi warna jingga.

Selepas bertemu doktor, dia diberitahu bahawa pengambilan lobak merah secara berlebihan adalah punca di sebalik perubahan warna kulitnya itu.