Kualiti JKR tampal jalan raya berlubang dipertikai, macam tambah bonggol mini

Kualiti JKR tampal jalan raya berlubang dipertikai, macam tambah bonggol mini

 

Pada masa kini, hampir semua pihak jabatan kerajaan memuat naik gambar ke media sosial untuk memaklum perkembangan semasa tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan, lebih-lebih lagi ia membabitkan keperluan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, dalam satu hantaran JKR Johor Bahru yang dimuat naik pada hari minggu lalu ‘memakan diri’ setelah mendapat maklum balas kurang baik apabila pengguna Facebook.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KELAB INFO MALAYSIA

Dalam hantaran asal tersebut, yang kini telah pun dipadam, JKR Johor Bahru berkongsi beberapa gambar aktiviti penampalan lubang di Lebuh Raya Pasir Gudang Seksyen 9-10, menghala Pasir Gudang – Perling.

Walaupun isu jalan raya berlubang berjaya ‘diselesaikan’, namun hasilnya yang nampak kurang memuaskan kerana ia nampak tidak kemas serta berpotensi membahayakan pengguna jalan raya itu, lebih-lebih lagi membabitkan penunggang motosikal.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KELAB INFO MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KELAB INFO MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KELAB INFO MALAYSIA

Tambah pengguna lebuh raya itu lagi, mereka pernah berhadapan dengan lubang sebesar kawah nasi kenduri. Mahu atau tidak, mereka terpaksa lalui jalan tersebut walaupun agar mencabar untuk memastikan kenderaan tidak rosak.

Orang ramai juga meminta agar Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz Ghazi ‘turun padang’ untuk memantau sendiri kualiti jalan raya di sepanjang kawasan Pasir Gudang itu, supaya setiap penduduk Johor dapat menggunakan jalan raya dengan lebih selesa dan selamat.