Kroni menteri ‘sapu’ 9 projek rundingan terus KPM bernilai berbilion ringgit?

Kroni menteri ‘sapu’ 9 projek rundingan terus KPM bernilai berbilion ringgit?

 

Suatu Cerita Penyangakan Harta Negara

Bagi rakyat marhaen untuk mendapat sesen dua bagi memenuhi keperluan hidup anak beranak sungguh memeritkan. Mereka kena membanting tulang sejak awal Subuh hingga rapat ke Maghrib.

Sebaliknya tidak begitu kepada sesetengah orang kluster penyangak harta benda negara. Terkhusus bagi mereka yang pandai dan licit menggunakan kesempatan untuk “memboyah” perut gondol mereka.

Ada satu cerita bagaimana kontrak atau projek dalam Kementerian Pendidikan disangak dengan wewenangnya. Projek dimaksudkan itu, projek dalam Kementerian Pendidikan yang dibuat secara runding terus, tidak ditander.

Menurut jawaban Kementerian Pendidikan terdapat sembilan projek runding terus dalam KPM yang bernilai berbillion ringgit.

Antara projek berkenaan Perkhidmatan Langganan Perisian G Suite Enterprise For Education (GSEFE), Perkhidmatan Langganan Perisian Microsoft, Perkhidmatan Kepakaran Pengiklanan, Pelaksanaan Program Khas TV Pendidikan Projek ini diluluskan sepanjang 2021, selepas kerajaan PH hanyut.

Kerana ia merupakan tander terus, siapa-siapakah yang mendapat projek berbillion ringgit itu? Siapakah hamba Allah yang bertuah itu?

Perkara ini sudah dibangkitkan di parlimen tetapi belum ada jawaban tuntas. Orang yang mendapat projek itu masih misteri.

Ada maklumat yang sampai kepada saya, memberitahu mereka yang mendapat projek berkenaan adalah kroni para menteri. Mereka yang ada hubungan rapat dengan menteri. Kerana perkara itu sudah pecah ada pegawai menteri telah meletak jawatan, melarikan diri. Takut kok?

Sekurang-kurang dari dua kementerian, selain Kementerian Pendidikan, ia membabitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Menarik bagaimana para penyamun kroni ini mendapat projek berkenaan. Ia dilakukan secara penuh taktikal, melanggar arahan, peraturan yang telah ditetapkan. Membelakangkan prosedur sedia ada.

Nanti saya akan ceritakan bagaimana taktik dan muslihat sebuah projek disangak itu.