KPDNHEP Perak serbu stor simpan simen tanpa lesen

KPDNHEP Perak serbu stor simpan simen tanpa lesen

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyerbu sebuah stor penyimpanan simen yang disyaki menyimpan barang kawalan berjadual tanpa lesen di kawasan Perindustrian Pinggir Bercham di sini semalam.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, sebanyak 376,000 kilogram simen dianggarkan bernilai RM108,288 dirampas dalam serbuan pada pukul 3 petang itu.

Katanya, serbuan  dilakukan hasil risikan dan pemantauan yang dilakukan  satu minggu.

“Dalam serbuan itu, menahan pemilik premis itu dan menahan  seorang lelaki berusia 49 tahun yang mengaku bertanggungjawab di premis berkenaan.

Menurut beliau, lelaki itu  disiasat mengikut Subseksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, setiap pengusaha atau  syarikat-syarikat yang berniaga barang kawalan dinasihatkan mempunyai lesen berniaga barang kawalan daripada pengawal bekalan dan mematuhi semua syarat-syarat lesen yang ditetapkan.