Kos lebih setengah juta, DDNK dedah makna tersirat di sebalik tema ‘Beauty & The Beast’

Kos lebih setengah juta, DDNK dedah makna tersirat di sebalik tema ‘Beauty & The Beast’

 

Berlangsung dengan konsep yang penuh gah di sebuah hotel berlokasi di ibu kota, majlis perkahwinan Dato’ Dr Nazri Khan serta Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie beberapa hari lalu turut dihadiri oleh ramai figura terkenal termasuklah selebriti Malaysia.

Kemeriahan acara itu telah menjadi perhatian dan bualan netizen sampai ke hari ini.

Mula-mula ada 2 tema…Yang pertama business & saham (minit 12:17)

Bercakap tentang pemilihan tema resepsi perkahwinan, awalnya mereka menerima cadangan tentang konsep traders.

Namun oleh kerana ia terlalu berat untuk direalisasikan, akhirnya mempelai bersetuju dengan Beauty & The Beast yang rupa-rupanya ada ‘makna tersirat’ di sebaliknya.

Kos Lebih RM500K, DDNK Dedah Makna Tersirat Di Sebalik Tema Beauty & The Beast

Kos Lebih RM500K, DDNK Dedah Makna Tersirat Di Sebalik Tema Beauty & The Beast

 

Orang biasa pun boleh jadi putera raja…kahwin dengan puteri yang sangat cantik & kaya, gitulah kononnya (minit 12:45)

Memilih tema lebih santai dan jarang dibuat di Malaysia, angle berkenaan sebenarnya seakan menggambarkan tentang bagaimana seseorang insan biasa dapat berjodoh dengan golongan berstatus tinggi.

Disangka menelan berjuta-juta ringgit, DDNK dengan penuh rendah hati menjelaskan hanya lebih RM500,000 dikeluarkan namun tidaklah mencecah sehingga RM1 juta.

Kos Lebih RM500K, DDNK Dedah Makna Tersirat Di Sebalik Tema Beauty & The Beast

Kos Lebih RM500K, DDNK Dedah Makna Tersirat Di Sebalik Tema Beauty & The Beast

Bukan grand yang kami nak, tapi kenduri ni berkat & rahmat…Bukan nak show off…Itulah asalnya (minit 16:00)

Apabila wartawan mengajukan soalan tentang zuriat, mereka menyerahkan segala urusan itu kepada takdir Allah.

Di akhir temubual, DDNK memberitahu bekas isterinya dan anak tidak dapat hadir kerana sedang berada di Kedah. Namun dedah beliau, wanita itu tahu mengenai perkahwinan baru tersebut.