“Korang ni musuh dalam selimut..” – Sajat dakwa netizen munafik sebab beli kek tapak kuda guna bahan diboikot

“Korang ni musuh dalam selimut..” – Sajat dakwa netizen munafik sebab beli kek tapak kuda guna bahan diboikot

 

Sebut sahaja makanan viral, sudah pasti ramai yang berlumba-lumba mendapatkannya. Ada yang sanggup beratur panjang sehingga berjam-jam lamanya tanpa mengira keadaan cuaca.

Terbaharu, kek tapak kuda yang menjadi sebutan ramai sehinggakan beberapa pempengaruh dan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk membeli.

Difahamkan, kandungan isian yang digunakan dalam kek tapak kuda adalah seperti matcha crunchy, biscoff crunchy, nutella dan banyak lagi.

Bagaimanapun, pempengaruh, Sajad mempertikaikan penjual yang menggunakan bahan yang diboikot seperti nutella.

@jen.rjane

Masak biasa-biasa je 😋 #nursajat237 #sajat #sajatlive #sajatmasak #nursajat @nursajat kamaruz zaman @nursajat23

♬ original sound – 𝓳.𝓻𝓳౨ৎ – 𝓳.𝓻𝓳౨ৎ

“Letak Nutella bagai, Nutella tu bukan brand yang kena boikot ke. Munafik la korang ni.

“Kita patut mengetengahkan makanan Malaysia baru lah benda tu menjadi nostalgia,” katanya

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Sajat mengenai isu ini. Dikatakan, ramai yang seolah terlupa apabila makanan berkenaan mula tular.