Konvoi VVIP halang ambulans & lalu lintas di 2 lokasi berbeza cetus kemarahan orang ramai

Kes ambulans ditahan daripada meneruskan perjalanan kerana perlu berikan laluan kepada pihak VIP terlebih dahulu bukanlah satu perkara asing lagi. Sebelum ini pernah berlaku di kawasan Hulu Langat dan juga Kuala Lumpur.
Terbaharu, tular satu rakaman dashcam daripada sebuah ambulans dengan siren masih berbunyi telah ditahan bersama kenderaan-kenderaan lain untuk memberikan laluan kepada konvoi VVIP yang menggunakan laluan flyover di sebelah kiri.
Setelah konvoi tersebut berlalu pergi, barulah pihak polis memberikan arahan kepada pemandu ambulans itu meneruskan perjalanan.
@starex_kavin “VVIP” dulu, Ambulans Later!! AGAIN & AGAIN 😒😒😏!!!
Bagaimanapun, video tersebut tidak tamat di situ sahaja kerana ada sambungan dikongsikan oleh pengguna jalan raya yang turut terpaksa beri laluan kepada konvoi VVIP di lokasi yang berbeza.
Menurut pengguna lebuh raya itu, semua kenderaan diminta memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk memberikan laluan konvoi VVIP tersebut yang dilihat menggunakan kedua-dua lorong lebuh raya berkenaan.
Sampai ke highway padahal jalan kosong lalu jela line kanan tu takyahla nak stopkan orang tiba tiba??? pic.twitter.com/UO64yVKiiq
— syabrinaa (@syabrinases) March 6, 2022
Kedua-dua video itu telah mengundang rasa kurang senang dengan tindakan kovoi VVIP tersebut yang telah mengganggu lalu lintas di dua lokasi berbeza.
Orang sakit tu tau. Orang sakit. Tak akan kau tak reti letak mana lagi penting.
Orang vip tu pon bukan bodoh sangat, kau bagi ambulans lalu pon dia faham lah. Apa lah benda macam ni pon tak boleh nak fikir!
Marah sial. Sumpah! https://t.co/TTuP746tGX
— HermyR (@HermyRahim) March 6, 2022
Wahhh over sgt ni…Dh la kereta tak bayar cukai jln semua tu..
Patut org awam yg bayar cukai jln diberi keutamaan@MyMOTAC@weekasiongmp
— abdyns™ (@abdyns) March 7, 2022
Mcm biasa ,vip bawak laju takpa, min speed kena 120km/h https://t.co/r82DXCBgMu
— Aman (@amanroslann) March 7, 2022
Dah kenapa? Aku pernah dekat highway polis mintak duduk lane tepi je, tak payah stop pun sebab kereta raja perlis ke sultan ntah nak lalu..jalan ada 2 3 lane kot.. https://t.co/Eq9N2WxZ1A
— fadh dhilah (@fadhrainbow) March 6, 2022
Ketahuilah every second a sick person spends in that ambulance might be a difference between life and death https://t.co/CQkGAh2dGP
— mikaiman ackermann 🔴 (@aimanazzzfar96) March 7, 2022
Orang ramai bertegas bahawa setiap saat sangat bermakna buat ambulans yang memandu dalam kecemasan kerana cepat atau lambat boleh membezakan antara hidup dan mati seseorang pesakit.
Tambah netizen lagi, cukuplah konvoi VVIP menggunakan lorong paling kanan sahaja di lebuh raya. Tidak perlu sampai meminta pengguna jalan raya lain memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan.