Kontrak tidak disambung, posisi Zeti Aziz sebagai Pengerusi PNB bakal diganti
Menurut Sinar Harian, dua nama calon pengganti pengerusi kumpulan PNB ini telah dikemukakan kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan kelulusan. Dimaklumkan, kedua-dua calon berikut merupakan kapten kepada industri dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pelaburan.
Kedua-duanya adalah kapten industri dan memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pelaburan. Pelantikan pengerusi baru ini akan memberi dimensi baharu kepada PNB.
Sebagai rekod, sepanjang Tan Sri Dr Zeti Aziz menjadi pengurus, PNB berjaya mencatat dividen 7sen seunit pada tahun 2018 diikuti dengan 5.50sen seunit pada tahun 2019 dan 5sen seunit pada tahun 2020.
Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak PNB bagi menantikan pengerusi kumpulan terbaru PNB menggantikan positi Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. – TV