Konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil raih untung RM51 juta

Konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil raih untung RM51 juta

 

KONSERT Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November lalu dihadiri lebih 75,000 peminat mereka.

Persembahan itu juga menyaksikan sebanyak 81,812 tiket berjaya dijual.

Konsert itu juga dilaporkan meraih kutipan AS$10,904,369 atau RM51,953,866.

Namun kejayaan penganjuran konsert itu dibayangi isu apabila padang dan rumput Stadium Nasional Bukit Jalil mengalami kerosakan.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memuat naik gambar keadaan terkini padang Stadium Nasional di laman Instagram miliknya selepas konsert Coldplay berlangsung.

Tunku Ismail menaja penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang berkenaan.

Bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan tiada kos tambahan diperlukan bagi membaik pulih permukaan padang yang rosak susulan konsert itu.