Kongsi wajah disolek & berinai, Mawar Rashid jawab dakwaan kahwini jejaka dari Brunei

Kongsi wajah disolek & berinai, Mawar Rashid jawab dakwaan kahwini jejaka dari Brunei

 

Timbul spekulasi bahawa pelakon dan usahawan Mawar Rashid sudah berkahwin selepas dia berkongsi gambar dan video sedang ditata rias.

Lepas menguatkan dakwaan itu apabila Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, dilihat turut memakai inai.

Menerusi Instagram story, Mawar turut berkongsi semula hantaran ahli keluarganya yang mempamerkan beberapa individu turut memakai inai.

Bahkan dia turut memuat naik gambar tangannya yang cantik diinai, duduk di sebelah seorang jejaka dengan meletakkan ucapan ‘Alhamdulillah’ selain meletakkan lokasi ketika itu iaitu Brunei.

mawar rashid

Pelakon tersebut turut memuat naik gambar borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam bertarikh 8 Mac 2024.

Tinjauan ke akaun Instagram adik beradik Mawar turut menunjukkan mereka berada di Brunei dan ada yang berkongsi story berada di sebuah majlis perkahwinan namun tidak menunjukkan siapa pengantinnya.

Bagaimanapun, tuan empunya badan sudah memberikan respon dan menurut Mawar ketika ini dia enggan memberi komen berkenaan spekulasi tersebut.

Saya belum boleh beri sebarang komen tentang hal berkenaan kerana ia terlalu peribadi. InsyaAllah saya akan kongsi bila sudah bersedia dalam masa terdekat.

Mawar turut memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya selain turut berterima kasih kepada semua yang mengambil berat tentangnya.