Kongsi gambar kahwin, Sean Lee kini bergelar suami kepada Bay Doucet

Kongsi gambar kahwin, Sean Lee kini bergelar suami kepada Bay Doucet

 

Pelakon dan pengacara, Sean Lee akhiri zaman bujang dengan wanita pilihan hati yang dikenali Bay Doucet, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Sean atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern dan pasangan di platform Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Sean dilihat berkongsi beberapa foto dia mengenakan busana pengantin berserta kapsyen ringkas ‘yes & amen’ serta ‘too cute to gatekeep’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata dalam kalangan artis dan peminat mengucapkan tahniah buat aktor berusia 30 tahun itu.

Terdapat juga segelintir daripada mereka seakan tidak percaya akan berita gembira yang diumumkan oleh Sean.

Terdahulu, Sean Lee mengakui dirinya mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam usia muda, namun perlu menyelesaikan banyak perkara terlebih dahulu.

Bagaimanapun, dia memilih untuk merahsiakan mengenai status dirinya dan membiarkan peminat tahu sendiri.