Kongsi foto ‘baby bump’, Dai Syed & Hana Ismail bakal timang cahaya mata

Kongsi foto ‘baby bump’, Dai Syed & Hana Ismail bakal timang cahaya mata

 

Pendakwah selebriti Da’i Syed berkongsi khabar gembira apabila isterinya iaitu pengacara Hana Ismail kini sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syed atau Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 29, memaparkan dia dan Hana sedondon mengenakan baju raya berona hijau.

Malah dalam foto tersebut dapat dilihat Hana memegang perut sekali gus menampakkan baby bump.

”Makan apa dowh Hana Al-Mauzah? Lain macam. Em. Apa pun, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Syed memberi bayangan bahawan dia dan Hana tidak akan beraya berdua lagi di Instagram Story (Igs).

“Raya tahun ni di JB, hujan lebat . Beraya sampai ke Pontian jumpa Keluarga isteri. Ini kira cun lah ae, walaupun baju dah kena air hujan, janji ada kenangan. Tahun depan Inshallah tak berdua lagi dah,” katanya.

Teruja dengan berita gembira itu, perkongsian itu telah dihujani ucapan tahniah dan titipan doa agar kandungan Hana sentiasa sihat di ruangan komen.