Komen ‘What country is this?’ banjiri media sosial, lelaki ini dedah kisah disebaliknya

Komen ‘What country is this?’ banjiri media sosial, lelaki ini dedah kisah disebaliknya

 

Bagi mereka yang sering menghabiskan masa di TikTok, pasti perasan dengan satu trend di ruangan komen di mana akan ada seorang atau satu akaun yang meninggalkan komen bertulis what country is this? (negara apakah ini?).

Komen itu biasanya ditinggalkan oleh akaun yang menggunakan gambar seorang lelaki Mat Salleh dengan nama yang berlainan dan sering dilihat dalam video-video sedang viral di platform TikTok.

Ramai yang tertanya-tanya dari manakah trend tersebut bermula dan apakah kisah disebalik komen tersebut.

Seorang pengguna TikTok, @dakdintiktok semalam berkongsi kisah berkenaan trend tersebut yang kian tular itu.

@dakdintiktok

Siapa pakcik “What country is this?” ni? #whatcountryisthis? #whatcountry #petersutherland #meme #mamatexist

♬ original sound – Dak Din – Dak Din

Menurutnya, dia mendakwa komen itu sebenarnya dimulakan oleh seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang mana anaknya ingin belajar di negara Asia Tenggara dan setibanya anak itu di sini (Asia Tenggara), dia sering update tentang keberadaannya serta aktiviti yang dilakukan.

“Bila Covid hit 2020 tiba-tiba dia stop update kepada bapanya, bapanya trylah cari anaknya (Sandra) dengan meninggalkan komen what country is this dalam video yang ada muka-muka Asia,”tulisnya.

Namun, selepas dua tahun lelaki Mat Salleh itu dikatakan sudah meninggal dunia kerana sakit yang menyebabkan dia tidak dapat menguruskan diri sendiri.

Kemudian, komen-komen bapa yang mencari ankanya itu menjadi tular dan banyak akaun-akaun troll meninggalkan komen yang sama. Pun begitu, kesahihan cerita ini masih belum dapat dipastikan.

Kalau betul cerita ni, sedih ya!