Komen ‘type C’, DarSA Fried Chicken tampil mohon maaf – “Kesilapan yang tidak disengajakan”

Komen ‘type C’, DarSA Fried Chicken tampil mohon maaf – “Kesilapan yang tidak disengajakan”

 

Susulan ketelanjuran salah seorang pengendali akaun Facebook yang memuat naik komen berunsur perkauman, Darsa Fried Chicken (DFC) tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan DFC yang dikeluarkan semalam, komen tersebut adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan atas alasan terlalu banyak komen negatif yang menjejaskan emosi kakitangannya yang mengenali akaun Facebook rasmi DFC.

“Kami memohon maaf dan mengakui ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan. Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan, sedikit sebanyak mengganggu fokus admin kami.

“Maka kami telah memutuskan untuk tidak menjawab apa-apa isu selepas ini untuk mengelakkan kesilapan yang berulang. Kami hanya akan menjawab tentang isu mengenai perasi dan perkara berkaitan yang tidak melibatkan pihak lain,” katanya.

Selain itu, DFC memaklumkan pihaknya amat mengalu-alukan kedatangan semua pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Terdahulu, admin Facebook DFC telah memuat naik komen balas ‘Type C’ yang merujuk kepada bangsa Cina yang didakwa sedang bermain dengan bermacam-macam sentimen buruk terhadapnya.

Komen tersebut mengundang kecaman netizen yang mendakwa admin DFC tidak profesional dan memburukkan imej DFC.