Komen persembahan Nabila Razali, Hafiz Hamidun diserang netizen

Komen persembahan Nabila Razali, Hafiz Hamidun diserang netizen

Nama Nabila Razali mula trending di Twitter selepas persembahannya dikatakan ‘terkucil’ di bahagian korus lagu Peluang Kedua. Pelbagai respon yang diterima orang ramai apatah lagi apabila melihat Nabila telah mencuba sebaik mungkin di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL35).

Walau bagaimanapun, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengundang kecaman apabila memuat naik hantaran seakan menghentam persembahan Nabila Razali. Hasil tinjauan di Twitter, Hafiz dipercayai telah memadam tweet tersebut.

Menurut individu ini, sebagai rakan artis, Hafiz perlu tahu betapa pentingnya saling memberi sokongan lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan. Katanya lagi, hantaran yang dibuat Hafiz itu agak memalukan.

Sementara itu, individu lain berpendapat Hafiz tidak profesional dalam memberikan pandangan. Mereka turut mempersoalkan mengapa hantaran dipadam jika ianya hanyalah pendapat peribadi.

Sumber: BN, Twitter