“Klik turn on…”, Wanita ini kongsi cara nak elak gambar “profile” Fb digunakan oleh “scammer”
Tidak dinafikan media sosial pada hari ini banyak memberi manfaat kepada kita semua. Namun, ada juga kekangan yang berlaku seperti segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab memanupulasikan kelebihan media sosial ke arah sebaliknya.
Oleh hal demikian, kita sebagai pengguna media sosial seharusnya lebih berhati-hati serta memastikan bahawa setiap gambar atau bahan yang dimuatnaik oleh kita adalah selamat.
Sering berlaku, kes penipuan atas talian atau scammer ini menggunakan gambar peribadi seseorang untuk menjadi umpan kepada mangsa mereka.
Jadi, SK nak kongsikan tips berguna daripada seorang pengguna Facebook yang bernama Arisya Adam tentang tips untuk elak gambar ‘profile’ digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah.
Elakkan gambar kita digunakan oleh scammer…
1. Install monakaitoolkit di playstore
2. Klik kamera di pic profile
3. Klik Turn on the profile picture guard
Paling penting kurangkan gambar selfie, gambar keluarga dan yang sangat merisaukan adalah gambar anak-anak..apa lagi gambar seksi menyeksa dalam media sosial..
Kita boleh guard picture profile tapi kat timeline tu sendiri kena control la..
Ya memang kita nak share life kita tapi kalau bakal memudaratkan diri sendiri seelokknya kita berhati-hatilah.
Ni adalah salah satu cara untuk protect gambar profile kita ( tak boleh download/screenshot) ..tapi kalau rasa boleh di screen shot juga.. letak la watermark sebesar alam..
Ini semua pilihan dalam hidup kita.
Follow video ni untuk on kan link guard:
Sumber: SK, Arisya Adam