Klausa 9.7 : Terengganu FC nasihat kapten pasukan Perak pertimbang tawaran?

Klausa 9.7 : Terengganu FC nasihat kapten pasukan Perak pertimbang tawaran?

Terengganu FC dikhabarkan menjadi pasukan pertama menghantar tawaran untuk mengikat kapten pasukan Perak Shahrul Saad jika klausa 9.7 diaktifkan setelah kegagalan Perak FC melunaskan gaji pemain tersebut.

Melalui risikan, beberapa pemain utama pasukan itu kini didampingi ejen2 bebas bagi membawa mereka keluar dari Perak FC untuk bersama pasukan baru.

Mengikut klausa 9.7, pemain boleh mengaktifkan klausa itu jika kelab gagal membayar gaji selama dua bulan atau lebih, Kemudian mereka tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan boleh menyertai pasukan lain.

Menurut salah seorang ejen bebas, agak sukar untuk berunding dengan Shahrul Saad kerana pemain itu tidak diwakili ejen, hanya menguruskan sendiri segala proses perpindahan & kapten Perak itu adalah pemain yang paling susah jika diajak berbincang untuk meninggalkan pasukan Perak tambahnya lagi.

” Berurusan dengan Shahrul sangat sukar, pemain itu tidak mahu meninggalkan pasukan, apatah lagi ketika beliau kembali ke Perak, Shahrul menggunakan wang nya sendiri untuk menebus kontrak nya di Felda United. Kami mencadangkan Shahrul menerima tawaran menyertai TFC kerana penghijrahan Shahrul akan memungkinkan sesuatu tindakan drastik akan dilakukan kerajaan negeri untuk menyelamatkan pemain2 yang lain dalam pasukan Perak FC ”

Mengikut ejen tersebut juga, Selangor FC tidak mahu lagi membida Shahrul kerana pemain itu sudah menolak beberapa kali tawaran FAS sebelum ini tetapi tidak menafikan, faktor Brendan Gan & Shahrel Fikri turut menjadi pendorong utama beberapa pemain Perak kini hebat dipancing Selangor.

Seladang Fan Club