KKM nak siasat, peniaga nasi lemak rendam sotong dalam tong sampah

KKM nak siasat, peniaga nasi lemak rendam sotong dalam tong sampah

 

Pihak KKM akan siasat susulan ada dakwaan daripada pengguna media sosial berhubung tindakan seorang peniaga nasi lemak yang merendam sotong di dalam tong sampah untuk dimasak dan dijual.

Perkara tersebut tular selepas seorang pengguna X dikenali sebagai Izwan Izzat memuat naik tangkapan layar video peniaga tersebut menunjukkan tong yang digunakan untuk merendam sotong yang belum dimasak.

Walaupun ramai yang telah menegur bahawa tong sampah berkenaan tidak sesuai untuk digunakan mengisi makanan, namun jawapan yang diterima agak mengecewakan.

Disebabkan peniaga tersebut merasa tindakannya merendam sotong di dalam tong sampah bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan, video yang dimuat naik semula ke platform X telah mendapat perhatian akaun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak KKM  akan siasat dan telah meninggalkan ciapan mengucapkan terima kasih kepada pengguna X kerana memaklumkan perkara tersebut.

KKM akan siasat

Difahamkan, tong sampah yang digunakan peniaga itu mempunyai kandungan bahan kimia yang kurang sesuai bagi tujuan penyediaan makanan.

Walaupun ditegaskan bahawa tong sampah berkenaan baharu dan belum pernah digunakan sebelum merendam sotong, ia tetap sahaja tidak sesuai lebih-lebih lagi hidangan yang dimasak bertujuan untuk penjualan kepada orang awam.

 

Susulan daripada itu, menerusi TikTok peniaga nasi lemak terbabit, dia akhirnya menerima dengan hati terbuka komen-komen serta nasihat daripada orang awam berkenaan isu terbabit.

Dia menjelaskan bahawa belum menemui bekas makanan yang sesuai dan memohon orang ramai membantunya mencari ganti kepada tong sampah yang sudah tidak boleh digunakan lagi.

@nasilemakkakrose

isu tong part last #foodcontainer #tiktokfood #foodvideo #nasilemak

♬ original sound – nasilemakkakrose – nasilemakkakrose

Dalam pada itu, peniaga terbabit turut meminta netizen tidak mengambil serius berhubung percakapannya dalam menjawab isu yang viral itu kerana apa yang dilakukan dan diucapkan adalah sekadar konten.