KJ ‘anggap’ rakyat yang tak ambil dos penggalak percaya konspirasi sampah di Facebook

KJ ‘anggap’ rakyat yang tak ambil dos penggalak percaya konspirasi sampah di Facebook

 

Seperti yang sedia maklum, semua rakyat Malaysia digalakkan untuk mengambil suntikkan dos penggalak oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hal ini untuk memastikan jangkitan Covid-19 terus terkawal dan tubuh badan mampu dilindungi daripada mengalami simpton yang teruk.

Menerusi akaun Twitter, Khairy hari ini berkongsi data yang menunjukkan keberkesanan dos penggalak.

Namun dalam masa sama, beliau turut menegaskan orang ramai supaya tidak lagi mengikuti mana-mana dakwaan tidak benar mengenai dos penggalak daripada pihak tertentu.

“Keberkesanan booster menghadapi gelombang Omicron Booster memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB. Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak,” tegasnya di Twitter hari ini.