“Kita tak pernah lantik sesiapa..” – Tular produk dijual mahal di pasar raya, Khairul Aming tampil bersuara
Boleh dikatakan sambal dan dendeng jualan Khairul Aming merupakan produk yang paling popular pada masa kini. Kadang-kadang tu, kita tak sempat pun nak beli sebab dah habis terjual kerana ia laris bak pisang goreng panas.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial X tentang gambar Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi yang dijual dengan harga yang terlalu mahal berbanding harga asalnya di Shopee dan TikTok.
Dendeng Nyet Berapi is being sold for RM39.90 at a supermarket in Sarawak.
I know shipping is expensive but RM39.90 is nearly x3 the online price (RM14.99)
I want to support you @khairulaming but it’s just too expensive. I hope you can adjust your cost & lower the price, tq! ❤️ pic.twitter.com/nKrIW7xwBu
— #𝐒𝐰𝐢𝐟𝐭𝐢𝐞𝐬𝐅𝐨𝐫𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐞 🇵🇸 (@folkloreswifty) March 28, 2024
Difahamkan, sambal dan dendeng keluaran Khairul Aming dalam gambar itu telah dijual di sebuah pasar raya di negeri Sarawak.
Dendeng Nyet Berapi dijual dengan harga RM39.90 untuk setiap pek di pasar raya itu sedangkan harga jika produk makanan yang sama dibeli di platform dalam talian seperti Shopee dan TikTok, harganya hanyalah RM14.99 satu pek.
Di pasar raya yang sama juga, Sambal Nyet Berapi keluaran Khairul Aming pula telah djual dengan harga RM29.90 (harga di platform dalam talian hanyalah RM13.99 untuk setiap botol sambal).
Harga yang dijual oleh pasar raya tersebut dapat dilihat berdasarkan tanda harga yang dipaparkan di rak display produk makanan itu.
Namun, Khairul Aming tampil menjelaskan bahawa syarikatnya tidak pernah melantik sesiapa untuk menjual produknya itu secara runcit di mana-mana kedai fizikal atau pasar raya.
FYI kita tak pernah lantik sesiapa untuk jualan retail. Kalau ada kita dah announce. Semua sambal dan dendeng dijual online sahaja dengan harga Rm13.99 dan Rm14.99. Kotak display warna merah ni pun tak tahu datang dari mana, bukan kita yang print. Please buy from our online store… https://t.co/c6k0qQDOgf
— Khairulaming (@khairulaming) March 29, 2024
Ini kerana sambal dan dendeng keluarannya hanya dijual menerusi platform dalam talian sahaja.
Khairul Aming turut mengatakan bahawa dia juga tidak tahu mana datangnya kotak untuk display produk makanannya itu kerana ia bukanlah dari pihaknya.
Dia turut menegaskan untuk orang ramai agar membeli produknya dari platform dalam talian sahaja agar kejadian sambal basi ciplak terjadi lagi seperti tiga tahun lepas.
Selepas Khairul Aming telah tampil menjelaskan tentang perkara itu, tuan empunya Tweet pula meluahkan rasa pelik tentang produk itu kerana menurutnya individu yang menjual semula sambal dan dendeng KA itu di pasar raya itu merupakan seorang yang kaya kerana bukan mudah untuk masukkan sesuatu produk ke dalam pasar raya kerana ada beberapa kriteria yang perlu diikut.
Ada warganet yang mempercayai bahawa sambal dan dendeng Khairul Aming itu berkemungkinan besar telah dibeli oleh pihak pasar raya itu sebelum produk-produk itu dijual semula dengan harga yang lebih mahal.
Jadi, untuk anda yang tinggal di Sabah atau Sarawak, lebih baik beli je sambal atau dendeng KA menerusi platform dalam talian, walaupun kena bayar shipping fee yang lebih mahal, namun harganya tidaklah semahal yang dijual oleh pasar raya ini.