Kisah pembunuhan kejam Jalil Ibrahim telah bongkarkan skandal BMF, ramai yang tidak tahu kisah ini

Kisah pembunuhan kejam Jalil Ibrahim telah bongkarkan skandal BMF, ramai yang tidak tahu kisah ini

 

Jalil Ibrahim merupakan salah seorang daripada hero yang tidak didendangkan keperwiraannya.

Seorang anak Melayu yang bekerja sebagai seorang juruaudit dalaman Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Jalil Ibrahim yang dibunuh dengan kejam semasa siasatan kes penyelewangan terbesar negara.

Bumiputra Malaysia Finance (BMF) merupakan subsidiari BBMB yang telah mengeluarkan dana berbilion ringgit kepada spekulator hartanah Hong Kong, Carrian Investment Limited (Carrian Group).

Perkara ini bukan sahaja membawa kepada runtuhnya empayar Carrian Group, tetapi juga tragedi pembunuhan kejam Jalil dan peristiwa membunuh diri penasihat Carrian pada tahun 1983.

Pada ketika berlakunya penyelewengan dalam transaksi BMF dengan Carrrian Group, Bank Negara telah menghantar pasukan pemeriksanya ke Hong Kong (12 Julai 1982) bagi mengetahui letak duduk perkara sebenar.

Pembunuhan Jalil Ibrahim

Masalah mula timbul apabila Carrian Group di ambang muflis dan tidak mampu membayar pinjaman sebanyak RM2.5 bilion kepada BMF. Jalil yang pada ketika itu telah dihantar ke Hong Kong oleh BBMB bagi menyiasat perkara sebenar.

Walaupun hampir muflis, pegawai kanan Carrian Group masih cuba melakukan cubaan melobi supaya BMF agar terus memberikan pinjaman kepada mereka dan ini mendapat tentangan keras daripada Jalil.

Kemuncak kepada kisah ini, Jalil ditemui mati dalam pakaian dan tali pinggang judo di ladang pisang, Taipo Kau di wilayah Hong Kong pada 21 Julai 1983. Beliau yang pada ketika itu berusia 35 tahun telah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar BBF.

Tiada apa yang boleh menjadi pengenalan kepada mayatnya kecuali sekeping duit syiling Malaysia di dalam koceknya. Laporan bedah siasat mendapati bahawa Jalil telah dijerut dengan tali jubah mandi yang ada pada lehernya ketika mayat beliau dijumpai.

Pembunuhan Jalil Ibrahim 1

Menjadi bukti bahawa kes tersebut bukanlah kemalangan, polis Hong Kong mengesahkan daripada rakan sekerja Jalil bahawa ada dua orang pegawai Carrian Group datang ke pejabat pada 18 Julai 1983 meminta agar pinjaman mereka diluluskan dengan kadar segera.

Namun, Jalil telah menelefon pejabatnya dan meminta agar ianya tidak diluluskan. Perkara ini dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan beliau. Sebelum dibunuh, Jalil sempat untuk menyerahkan laporan auditnya sepanjang di Hong Kong kepada pegawai atasannya di Kuala Lumpur.

Pembunuhan Jalil Ibrahim

Mencatat sejarah di Hong Kong kerana tempoh perbicaraan yang mengambil masa hampir 17 tahun untuk diselesaikan, kisah ini sebenarnya terlalu panjang untuk diceritakan kerana kisah pembunuhan Jalil oleh seorang lelaki Korea (atas arahan orang tertentu) membawa kepada terbukanya kertas siasatan aktiviti korupsi Carrian Group dan BMF.

Kisah Jalil ini sebenarnya banyak memberikan kesan kepada kita. Bagaimana amanahnya seorang anak Melayu dalam melakukan tugasnya walaupun disogok dan diancam keselamatannya.

Semoga roh-roh hero tidak didendang seperti Allahyarham Jalil Ibrahim ini sentiasa dicucuri rahmat daripada Allah SWT. Al-Fatihah.

Kredit info: Syahril A. Kadir, Utusan Online