Kisah benar! Pantang bilik mayat

Kisah benar! Pantang bilik mayat

 

Masa tu lebih kurang jam 5 pagi, macam biasa rutin aku sebagai seorang pegawai perubatan oncall masih tercongok di meja tulis yang terletak ditengah-tengah ward sedang mengemas kini fail pesakit.

Aku incharge dekat ward, kawan aku seorang lagi Dr Lan.. Incharge kecemasan.

So dalam satu hospital, kami berdua je yang oncall masa tu.

Sedang asyik aku menulis report, tiba-tiba dari jauh kawan aku, Dr Lan berlari ke arah aku sambil tercungap-cungap.

“Eh kau ni dah kenapa Lan.. Apa yang urgent sangat, ada kes trauma ke? ..” Tanya aku terkejut.

“Woi Zeed!!! Series wey.. Series..” bentak Lan sambil mengusap dada.

“Apa bende kau ni Lan, sabar-sabar bawak mengucap. Apa yang kau series sangat ni?” Tanya aku serba serbi keliru menggaru kepala.

“Aku… Aku tak sure lah, tapi aku yakin benda tu ikut aku..” Balas Lan sambil menarik kerusi, duduk di sebelah aku sambil menoleh kiri dan kanan.

“Haahh? Siapa yang ikut??” Tanya aku lagi mula berdebar.

“Benda tu… Aku rasa dari bilik mayat laaa..” Balas Lan sambil membulatkan matanya.

“Ishhh… Kau dari bilik mayat ke tadi? Kes apa? Cuba kau cerita balik dari awal..” Aku kalih memandang Lan, mula memasang telinga.

Dengan muka yang pucat lesu, Lan mula bercerita…

“Ok-ok.. Cerita dia macam ni.. Tadi lebih kurang pukul 2 pagi, aku dapat call dari mortuari (bilik mayat). Katanya ada body nak post mortem kes lung infection query lung abcess. So aku pun pergi lah.

“Kau tau kan, bilik mayat tu hujung belakang sana, dah lah gelap gelita. Dari first langkah aku kesana aku rasa macam dah tak best tau. Macam seram sejuk. Lagi pun aku first time dapat kes bilik mayat malam buta ni… “

“So aku buat tak layan.. Aku teruskan je lah..

Sampai je aku kat sana, ada sorang pakcik ni.. Pakaian dia macam PPK. Dia tengah berdiri depan pintu masuk.

So aku senyum je lah dekat dia.. Aku terus masuk

Tapi lepas je aku melangkah kaki masuk, pakcik tu tegur..

“Nak.. Petua masuk bilik mayat ni bukan boleh sembarangan. Kena ada cara.. Kamu ingat bilik mayat ni macam ward biasa?” Tegur pakcik tu

Aku terdiam sekejap.. Aku mengangguk..

“Petua masuk bilik mayat, pertama sekali, masuk langkah kanan, disertai niat kerana Allah… Lepastu nanti dah selesai kerja.. balik bilik mandi, kemudian solat sunat. Habis solat baca surah 3 Kul dan ayat kursi… Ingat tu..” Balas pakcik tadi dengan nada yang serius kemudian berlalu pergi.

Dalam hati aku masa tu… Yelah aku Doktor kot.. Konon tak boleh ditegur.. Ego ..

Tiba-tiba pulak PPK ni nak tegur macam ni..

Aku buat tak kesah. Aku terus masuk. Aku pun tak ingat aku langkah kanan atau kiri. Niat apa pun tak pasang. Ye lah memang kita datang kerja nak tolong orang kan.

So macam biasa aku dah settle kes dengan patient, dah rekod semua diagnosis, MA dah sambung balik jahit body. Aku pun terus gerak lah balik bilik oncall “ Balas LAN.

Masa aku on the way balik tu, entah lah aku rasa kejang sangat leher belakang. Tangkap sampai ke lumbar. Mual tekak pun ada.

“Habis tu apa jadi? Masa dalam bilik mayat tak jadi apa apa ke?” Tanya aku.

“Haaa.. Ni lah yang aku nak sambung ni.. “ Balas Lan.

“Ok… Masa aku sampai bilik oncall, entah kenapa badan rasa letih gila. Aku ingat nak baring kejap je. Aku tutup lampu, tapi sedar tak sedar, aku terus terlelap.

Tak lama lepas tu, aku rasa macam ada orang duduk atas kerusi hujung katil aku. Entah lah, aku tak tau nak describe macam mana tapi aku macam boleh rasa kehadiran sesuatu dalam bilik tu.

Dalam keadaan mamai, aku cuba bangun… Bau wangi bilik tu!!!

So aku pun buka mata sikit. Aku cuba intai.

Masa tu, bagai nak tercabut jantung aku! Berdegup laju! Aku dah macam sesak nafas masa tu.

Aku terus terbangun, aku menggelongsor, rebah ke kepala katil. Entah apa ayat yang aku baca pun aku tak tau. Aku bantai je..

Kelibat yang duduk dekat kerusi tadi,

Berpalih, aku tak nampak sangat muka dia..

Kaku je dia duduk dekat situ…

Aku pun menggelabah, aku panik tak tau nak halau dia macam mana, so aku capai selipar aku tepi katil

Aku ambil sebelah pasang selipar, aku terus campak dekat kelibat tu Sambil aku jerit2 “ya allah tolong laaaa!!”

Perlahan….

Lembaga tu terus berjalan ke arah aku..

Tepat sampai ke muka aku…

Zappp! Aku pejam mata kuat-kuat. Tangan aku dah genggam segala apa yang ada dekat katil tu..

Kemudian… Perlahan aku buka mata.. Lembaga tu dah tak ada

Bentuk dia sama macam manusia, tak ada rambut… Muka tak jelas..

So aku pun teringat pesan pakcik PPK tadi.

Berderau darah masa tu..

So aku pun bingkas.. Terus aku bangun buka suis lamp ..

Tiba2 aku teringat pesan pakcik PPK tadi ..

Petua lepas post mortem, sebaiknya solat sunat lepas tu baca surah..

So aku pun terus ambil wudhu..

Aku solat…

Masa tu, aku solat pun dalam keadaan menggigil, entah lah aku macam dapat rasa kehadiran ‘benda’ tu semula.

So masa rakaat kedua, aku tengah sujud..

Tiba-tiba aku rasa benda tu dekat sangat dengan aku… Dapat rasa tau dengusan tepu telinga aku ni..

Kau bayang kan, dalam keadaan sujud, bila aku toleh je tepi…

Lembaga tu pandang ke arah aku dalam keadaan meniarap…

Zappp! Aku terus pengsan…

Tapi tak lama lepas tu ada benda cuit-cuit bahu aku.. Aku terjaga…

Barulah aku teringat apa yang jadi tadi.

Aku terus melompat! Menggelabah aku cari selipar.. Aku terus keluar dari bilik oncall..

Terus aku lari ke sini….” Balas LAN panjang lebar masih tercungap-cungap.

“Ishhh.. Kau mimpi agaknya ni Lan, bawak sampai ke tidur ni..” Balas aku.

“Iye !! Aku pun fikir masa aku terjaga balik tu.. Aku ingat aku mimpi tapi….” Balas Lan..

“Tapi apa? “ Tanya aku mula tak senang duduk.

Ada 3 benda yang bermain dalam fikiran aku masa aku rushing lari ke sini tadi..

Pertama, selipar aku sebelah dekat tepi katil, lagi sebelah tercampak dekat kerusi pintu masuk bilik oncall tu… Kalau mimpi, kenapa selipar aku sebelah tempat lain, sebelah lain?

Kedua – Siapa pakcik PPK yang tegur aku tu? Selama ni aku kerja dekat sini, aku tak pernah tengok pun pakcik tu.. Selalunya PPK panggil kita “Boss”, atau “Doktor..” tapi kali ni dia panggil aku ‘NAK’ dan yang ketiga ni.. Aku paling seram..” Balas Lan.

“Yang ketiga tu apa? Aduh aku pulak yang suspen..” Balas aku.

Yang Ketiga, kelibat yang muncul masa aku sujud tu.. Sebiji muka macam pesakit yang aku baru post mortem tadi….” Balas Lan sambil mengurut dada..

Selepas kejadian hari tu, aku dan Lan cuba check balik roster pakcik PPK tu.. Dari apa yang Lan nampak, ternyata aku pun tak ada idea rupa pakcik tu macam mana, dan Lan sendiri yakin yang muka pakcik tu memang tak wujud dalam kalangan PPK yang kerja malam tu.

Tapi apa apa pun, walaupun Pakcik PPK yang misteri tu tak tahu datang dari mana, still petua yang dia pesan tu ada maknanya.

Betul kata pakcik tu.

Bilik mayat bukan macam tempat biasa.

Kita kena tahu tatacara untuk masuk ke sesuatu tempat, lebih-labih lagi bilik bedah mayat.

Dah memang tempat permainan dia dekat situ.

Tapi apa apa pun, segala yang kita buat, hanya kerana Allah, masuk bilik mayat. Dengan niat nak bekerja kerana Allah.

Keluar dari bilik mayat kalau boleh mandi, solat sunat dan baca surah.

Apa salahnya amalkan petua macam ni, kan lebih baik. Insyallah kita akan dilindungi dari jin dan iblis yang sentiasa nak ganggu kita.

Ada sesetengah orang kata, kalau dah terkena badi mayat ni payah nak buang. Berat jadinya.

Nasib baik Lan kena sekali tu je, tapi boleh kata seminggu jugak lah Si DR LAN kehulu kehilir bawak benda tu balik rumah.

Ingat.. Jangan main-main dengan bilik mayat.

Jangan sampai dia follow korang balik rumah pulak!

Jemmmmm!!!

Tak kira lah kita pegi mana sekali pun.

Pantang larang jangan ambil mudah.

Bukan tempat kita, ye dak ?

-Dr Yazeed Hairi-