Khairulaming raih jualan cecah RM7.5 juta, Sambal Nyet terjual lebih 500 ribu botol setahun

Khairulaming raih jualan cecah RM7.5 juta, Sambal Nyet terjual lebih 500 ribu botol setahun

 

Siapa yang tak tahu Sambal Nyet yang dihasilkan oleh Khairulaming, bukan? Selain berkongsi resipi di laman sosial instargram miliknya, dia juga turut mempunyai perniagaan produk jenama sendiri iaitu Sambal Nyet.

Sambal Nyet telah menjadi rebutan rakyat Malaysia sejak setahun yang lalu. Sering berkongsi maklumat perjalanan Sambal Nyet ini, dia juga pernah memuat naik satu postingan di Twitter miliknya berkenaan sambalnya telah mencapai jumlah jualan sebanyak RM1 juta dalam masa tiga bulan.

Tambahan lagi, semua orang tahu bukan senang nak dapatkan sambal ini kerana setiap hari pasti akan habis dijual.

Disebabkan permintaan yang tinggi pihak mereka sehingga kini meletekkan jumlah maksimum pembelian terhadap setiap pelanggan. Hal ini bagi mengekalkan kualiti produk yang mereka hasilkan supaya segar.

Pejam celik sudah setahun Sambal Nyet ini berada di pasaran dan hari ini di dalam laman media sosial instagram dan Twitter Khairulaming, dia berkongsikan jumlah jualan Sambal Nyet yang berjaya diperoleh dalam masa setahun.

Sambal Nyet juga telah mencapai jumlah jualan sebanyak RM7.5 juta dalam masa setahun (6 Januari 2021- 6 Januari 2022) dengan jualan sebanyak 540,000 botol sambal.

Manakala setakat 2 Februari 2022, jumlah juala bertambah  sehingga 621, 800 botol yang bersamaan dengan jumlah jualan sebanyak RM 8.6 juta iaitu jumlah jualan keseluruhan bagi tahun 2021 sehingga 2 Februari 2022.

Kira-kira pertambahan sebanyak RM1.1 juta jumlah jualan yang diperoleh dalam masa lebih kurang sebulan lebih ini.

Sambal Nyet juga telah mencapai jumlah jualan sebanyak RM7.5 juta dalam masa setahun (6 Januari 2021- 6 Januari 2022) dengan jualan sebanyak 540,000 botol sambal.

Manakala setakat 2 Februari 2022, jumlah juala bertambah  sehingga 621, 800 botol yang bersamaan dengan jumlah jualan sebanyak RM 8.6 juta iaitu jumlah jualan keseluruhan bagi tahun 2021 sehingga 2 Februari 2022.

Kira-kira pertambahan sebanyak RM 1.1 juta jumlah jualan yang diperoleh dalam masa lebih kurang sebulan lebih ini.