“Salah satu sebab rezeki dia luas” – Khairul Aming agih dengdeng secara percuma untuk mangsa banjir buat ramai kagum

“Salah satu sebab rezeki dia luas” – Khairul Aming agih dengdeng secara percuma untuk mangsa banjir buat ramai kagum

 

“Salah satu sebab rezeki dia luas” – Khairul Aming agih dengdeng secara percuma untuk mangsa banjir buat ramai kagum

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming ketika ini berada di negeri Kelantan untuk menghulurkan bantuan susulan bencana banjir.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman sedang mengagihkan produk keluarannya iaitu pek daging dengdeng kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara.

Tak cukup beritahu.

Ambil, dua pun tak apa. Siapa yang anak-anak dan keluarga, ambil lebih pun tak mengapa.

@ana.iqaa

Tapi dalam baik2 #khairulaming ada saje amik kesempatan 🥹 begitula . #mangsabanjir #fyp

♬ Tujh Mein Rab Dikta Hai Flute version – Nishaa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan tindakan usahawan berusia 32 tahun itu yang sanggup bersusah payah pulang ke negeri kelahirannya untuk menghantar bantuan.

Patut la perniagaan dia semakin hari semakin maju sebab dia tak kedekut nak kongsi. Semoga dilipat gandakan lagi rezeki.
Salah satu sebab rezeki dia luas. Adab dengan orang dan tak kedekut rezeki.

Dalam masa yang sama, mereka juga memuji produk makanan Khairul Aming yang mudah dimakan kerana tidak perlu dimasak.

Bagus makanan ni bagi semasa banjir, senang makan. Terbaik Khairul Aming.
Makanan macam ini sangat berguna semasa bencana, senang boleh makan terus.