Khairul Aming terima anugerah Malaysia Book of Records, raih jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop

Khairul Aming terima anugerah Malaysia Book of Records, raih jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop

 

Pempengaruh terkenal tanah air, Khairul Aming sekali lagi mencipta sejarah tersendiri selepas menerima mengukir namanya dalam Malaysia Book of Records.

Nama beliau terpahat kerana telah mencipta rekod bagi nilai jualan RM1 juta terpantas melalui TikTok Shop.

Khairul Aming

Memetik laporan Astro Awani, kejayaan Khairul Aming itu dicapai melalui jualan produk terbaharunya Dendeng Nyet Berapi, yang mencecah nilai jualan RM1 juta dalam masa 3 minit 28 saat.

Bercakap kepada sumber, Khairul mengakui kejayaannya itu adalah satu pencapaian yang luar biasa selepas dimaklumkan oleh pihak TikTok Shop. Hasil jualan dendeng sebanyak 80,000 paket itu telah mendapat penghargaan Malaysia Book of Record.

Khairul Aming

Khairul juga menyifatkan penghargaan itu adalah hasil berkat usaha pasukan dan komuniti yang menyokong beliau dari awal berkecimpung dalam bidang ini.

Khairul menerima penghargaan Malaysia Book of Records itu dalam satu acara yang diadakan di Pasar Seni, Kuala Lumpur semalam.