“Saya tak ajar staf jadi toksik..” – Khairul Aming kongsi rahsia team cemerlang

“Saya tak ajar staf jadi toksik..” – Khairul Aming kongsi rahsia team cemerlang

 

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming kongsi rahsia pasukannya cemerlang dengan menerapkan budaya kerja yang sihat antara mereka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Instagramnya, Khairul Aming berkata sedemikian selepas ditanya berkaitan pencapaiannya yang mampu menjual 80,000 unit paket Dendeng Nyet Berapi dalam masa tiga minit.

@drismailsalleh

Tiktok shop #khairulaming #mada #maha @khairulaming

♬ original sound – Dr Ismail Salleh – Dr Ismail Salleh

Ujar usahawan kelahiran Kelantan itu lagi, dia akan memberi layanan yang sama rata kepada kesemua pekerjanya termasuklah pemberian bonus, duit poket, percutian dan membeli belah tanpa mengira jawatan.

“Rahsia untuk bina team yang cemerlang dia mudah je. Saya dulu bekerja juga dengan orang jadi dalam enam tahun dalam dunia korporat tu bila saya duduk di jawatan sebagai pekerja saya dah meletakkan impian bos macam mana yang saya nak.

“Jadi bila kita jadi bos, kita kita switch lah..kita kena jadi bos yang pekerja kita nak. Jadi satu budaya yang saya ketengahkan dalam syarikat saya tak ajar staf untuk jadi toksik.

“Maksudnya competing against each other lah. Sebab itu dari segi bonus, nak  bawa pergi travel, shopping, duit poket, semua orang dapat sama rata. Tak kisah jawatan apa sekali pun,” katanya.

Khairul Aming turut meluahkan rasa syukur apabila tiada staf mahu berhenti bekerja hasil daripada mengamalkan budaya tersebut dalam syarikatnya.

“Kita nak ajar semua orang kalau kita buat sama-sama, kita semua dapat lebih. Bukannya aku buat lebih, kau dapat kurang memang tiada.

“Jadi bila budaya itu kita ketengahkan, alhamdulilah sekarang ni pun boleh kata tak ada yang berhenti setakat ini,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Khairul Aming mendapat perhatian ramai apabila dia menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon susulan kandungan yang dihasilkan ketika berada di negara tersebut tempoh hari.