KFC Malaysia tawar kembali promosi RM20 untuk 2 Snack Plate Kombo mulai 16 Ogos ini

KFC Malaysia tawar kembali promosi RM20 untuk 2 Snack Plate Kombo mulai 16 Ogos ini

 

Sebelum ini, KFC Malaysia pernah menawarkan promosi hebat dan mendapat sambutan rakyat Malaysia. Terbaharu, KFC Malaysia kembali menawarkan anda promosi 2 set Snack Plate dengan harga RM20 sahaja.

Jangan terkejut pula kerana promosi ini benar-benar kembali. Untuk pengetahuan anda, promosi ini akan berlangsung selama 3 hari sahaja mulai 16 Ogos sehingga 18 Ogos 2021.

 

2 Snack Plate untuk RM20!

Perut konfem puas ngan KFC🤤! Enjoy promosi pra-beli ini dengan 2 Snack Plate untuk RM20 dari 16-18 Ogos dan tebus nanti, hanya di KFC Delivery atau Self Collect je! 🍗 Check out https://KFC.com.my/2for20 untuk ketahui lebih lanjut.T&C: Promosi TIGA (3) hari ini hanya boleh pra-beli dari 16 – 18 Ogos 2021 • Promosi ini hanya untuk KFC Delivery dan KFC Self Collect • Setiap pembelian akan menerima kod promosi dengan tarikh penebusan yang ditetapkan • Pra-beli pada 16 Ogos 2021, tebus pada 23 – 27 Ogos 2021 • Pra-beli pada 17 & 18 Ogos 2021, tebus pada 6 – 10 September 2021 • Kod promo mesti digunakan untuk menebus promosi ini dan tidak boleh dipindah milik • Terhad penebusan 1 set “2 Snack Plate” di dalam satu transaksi sahaja • Terhad kepada 3 set “2 Snack Plate” untuk setiap pengguna berdaftar • Pesanan Delivery tertakluk pada caj penghantaran RM4 • Promosi tidak sah di restoran atau pusat panggilan • Harga adalah termasuk Cukai Perkhidmatan 6% pada yang berkenaan • Hidangan yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja • Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Posted by KFC on Thursday, August 12, 2021

 

Promosi ini hanya sah untuk ‘KFC Delivery’ dan ‘KFC Self Collect’. Akan tetapi, promosi ini sedikit berbeza dengan promosi sebelum ini kerana anda perlu beli dahulu dan tebus kemudian iaitu jika anda buat tempahan pada 16 Ogos anda boleh menebusnya pada 23 hingga 27 Ogos.

Manakala bagi tempahan pada 17 dan 18 Ogos, anda boleh menebus mulai 6 hingga 10 September 2021. Paling utama, setiap pelanggan hanya dibenarkan membuat 3 kali penebusan sahaja dan dalam satu transaksi untuk 1 set Snack Plate sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang KFC Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut promosi menarik dari KFC Malaysia ini.

Sumber: Vocket