Ketika sesi lakonan semula adegan Tangmo Nida tergelincir, polis kehilangan bukti kipas bot asal

Ketika sesi lakonan semula adegan Tangmo Nida tergelincir, polis kehilangan bukti kipas bot asal

 

Apabila diminta melakonkan semula adegan ketika Tangmo Nida tergelincir dari bot laju, 5 rakannya dikatakan nampak gugup seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu. Bukan sahaja mendakwa ingat-ingat lupa setelah ditanya tentang lokasi sebenar aktres Thailand itu tercampak, malahan mereka menunjuk ke arah yang berbeza-beza sekali gus mencetuskan kecurigaan.

Kipas bos tiba-tiba tanggal masa enjin dihidupkan

Ketika sesi lakonan semula dibuat, rupanya terdapat 1 kisah yang tidak diketahui ramai iaitu pihak polis secara tidak sengaja telah kehilangan model kipas bot asal dalam kejadian terbabit. Pada jam 6 petang kelmarin (Rabu), dikatakan objek tersebut tiba-tiba sahaja tertanggal lalu tenggelam masuk ke dasar sungai sejurus enjin cuba dihidupkan.

Ketika Sesi Lakonan Adegan Tangmo Tergelincir, Polis Kehilangan Bukti Kipas Bot 2

Penyelam cuma ambil masa dalam 20 minit sebelum jumpa semula kipas bot

Menurut laporan lainnya lagi, kipas bos berkenaan didapati sudah terpasang namun tidak ‘dikunci’ dengan betul pada tempat sepatutnya. Walau bagaimanapun dengan mengerah tenaga penyelam, mereka berjaya menemukan objek terbabit pada pagi hari Khamis semalam. Tenggelam kira-kira 8 meter dari permukaan sungai, hanya 20 minit sahaja masa yang diambil untuk menjumpai semula bukti penting itu.

@wichai.599

เจ้าหน้าที่ดำค้นหา ใบพัดเรือ ..👍 ล่าสุดพบเเล้ว#ใบพัดเรือ #เเตงโมนิดา

♬ Ei Yang Wa – Boom Boom Cash

@fm91trafficpro

เจอแล้ว “ใบพัดเรือ” ของกลางคดี “แตงโม นิดา” ตกน้ำเจ้าพระยา #แตงโมตกเรือ #ใบพัดเรือ จำลองเหตุการณ์แตงโม #ข่าวtiktok #fm91trafficpro

♬ original sound – FM91 Trafficpro – FM91 Trafficpro

@tuk88898

เจอแล้ว!! ใบพัดเรือของกลางคดีแตงโม 10.45 น. นักประดาน้ำงมหาใบพัดเรือ จุดที่หลุดหายเมื่อวานนี้ ซึ่งมีความลึกประมาณ 8 เมตร และมีอุปสรรค คือ มีเศษไม้ที่อยู่ใต้น้ำเป็นจำนวนมาก แต่ไม่ยากเกินความพยายามของนักประดาน้ำ โดยใช้เวลาประมาณ 15 นาที สามารถหาใบพัดเรือจนเจอ และส่งคืนเจ้าของอู่ เพื่อมอบให้ตำรวจต่อไป ขณะที่ เจ้าของอู่ยอมรับว่า เหตุที่ใบพัดเรือหลุด เนื่องจากเจ้าหน้าที่ใส่กลับด้าน (เมื่อวันที่ 3 มีนาคม 2565PPTV Photo: #ทวีชัยจันทะวงค์#PPTVHD36 #ช่อง36 #แตงโม #อู่เรือ #ใบพัดเรือ #ใบพัดเรือหาย

♬ เสียงต้นฉบับ – _F_ – _F_

Hingga kini, polis sudah siasat sekitar 29 orang saksi berkaitan insiden Tangmo

Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa sudah menyiasat sejumlah 29 orang saksi yang dikatakan berkait rapat dengan insiden berkenaan. 2 daripada mereka iaitu pemilik serta pemandu bot sudah pun didakwa atas kesalahan kecuaian hingga menyebabkan pemergian Tangmo serta perniagaan tidak berlesen.