Kesatuan Eropah saman AstraZeneca, ini rupanya punca…

Kesatuan Eropah saman AstraZeneca, ini rupanya punca…

KESATUAN Eropah (EU) pada Jumaat gagal dalam samannya ke atas syarikat farmaseutikal AstraZeneca berhubung vaksin COVID-19.

Permohonannya untuk memastikan AstraZeneca menghantar 120 juta dos vaksin menjelang Jun ditolak mahkamah Brussels.

Saman difailkan bulan lalu selepas AstraZeneca menangguhkan penghantaran 300 juta vaksin yang dijanjikan bagi tempoh sama.

Hakim bagaimanapun menetapkan supaya AstraZeneca memenuhi komitmen itu menjelang musim panas.

Sejumlah 15 juta dos mesti dihantar menjelang 26 Julai, dengan tambahan 20 juta dos menjelang 23 Ogos.

Selebihnya 15 juta dos mesti dihantar menjelang 27 September.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 50 juta dos vaksin.

Jika gagal, ia akan dikenakan denda berjumlah 12 dolar bagi setiap dos yang tidak dihantar.

Vaksin dua dos AstraZeneca adalah antara tiga vaksin utama yang digunakan secara meluas ketika ini selain Pfizer serta Moderna.

Sumber: Astro Awani