Kesal dihina, Aishah tampil beri amaran serius buat Diva AA – “Bala lah kepada kau Azwan Ali”

Kesal dihina, Aishah tampil beri amaran serius buat Diva AA – “Bala lah kepada kau Azwan Ali”

 

Tidak tahan mendapat kecaman oleh pengacara sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, penyanyi Aishah tampil memberikan amaran serius setelah dilemparkan kata-kata kesat.

Telah Cuba Bersabar

Menurut Aishah menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia sebelum ini telah cuba bersabar dan memberi teguran dengan baik, namun kali ini sudah tidak dapat berdiam diri setelah keturunan dan keluarganya telah ‘dicuit’ pengacara sensasi berkenaan.

“Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi masih tak habis-habis dengan kata nista. This time i take serious offence kerana dia mencuit keturunan dan keluarga.” – tulis Aishah di Instagram

“Kali Ini Awak Dah Cukup Melampau!!”

Tambahnya lagi, peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) ini turut meminta Diva AA untuk memadam posting mengenai dirinya jika tidak mahu isu berlarutan sehingga ke mahkamah.

“Please delete Azwan Ali. Jangan sampai i have to take you to court. Kalau you rasa you boleh lepas di mahkamah dunia. i am telling you, insyaAllah pembalasan akan sampai.

Kali ini awak dah cukup melampau!!!. I angkat tangan tinggi mohon Allah SWT beri pembalasan yang setimpal kepada you. I takkan ampunkan you menghina keturunan i. Bala lah kepada kau Azwan Ali..” – tulis Aishah lagi

Sebelum ini, Aishah pernah memberikan teguran terhadap Diva AA yang melemparkan kecaman terhadapnya di media sosial. Jelas Aishah, dia sudah lama mengenali pengacara sensasi berkenaan sebagai lelaki yang sangat baik.