Kes ragut penunggang motosikal wanita sehingga cedera, polis cari Muhammad Syafi’ei

Kes ragut penunggang motosikal wanita sehingga cedera, polis cari Muhammad Syafi’ei

 

Seorang wanita berusia 20 tahun menjadi mangsa ragut dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa pada jam 8.50 pagi, Isnin lalu.

Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba-tiba didatangi suspek yang mengejarnya dengan motosikal. Akibat daripada kejadian itu, mangsa terjatuh dan cedera di bahagian tangan dan kaki.

Beg silang yang dibawa mangsa juga dilarikan oleh suspek.

Difahamkan dalam beg tersebut terdapat telefon bimbit jenama iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai sejumlah RM114. Kerugian yang dialami oleh mangsa dianggarkan sebanyak RM3,000.

Polis kini sedang mengesan suspek yang dikenalpasti terlibat dalam jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, mengesahkan bahawa suspek dikenali sebagai Muhammad Syafiā€™ei Hasan, berusia 24 tahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta untuk menyalurkan maklumat kepada polis di talian 03- 33762222 bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.