Kes naik mendadak, hostel di Sitiawan diarah PKPD

Kes naik mendadak, hostel di Sitiawan diarah PKPD

Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Hostel Centennial, Kampung Acheh, Setiawan, Perak bermula 25 Feb hingga 10 Mac.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, KKM telah melaksanakan sebanyak 349 ujian saringan dan daripada jumlah itu 125 orang didapati positif Covid-19.

Beliau berkata, KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni asrama serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” kata Ismail dalam kenyataan.

Semenentara itu, Ismail berkata polis menahan 253 individu semalam atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, daripada jumlah itu 231 individu dikompaun oleh pihak polis, manakala 22 lagi dikenakan tindakan reman.

“Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (75), tidak memakai pelitup muka (61), aktiviti perjudian (52), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (37).

“Tiada penjarakan fizikal (21) premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (6) dan tiada dokumen pengenalan diri (1) ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi Task Force Operasi yang diketuai polis, seramai 3,483 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,347 anggota telah membuat pemantauan di 6,119 buah restoran, pasar raya (4,607), bank (4,357), penjaja (2,502), pasar awam/tani (2,140), kilang (1,664) dan pejabat kerajaan (964).

“Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,661), tempat riadah (1,682), terminal pengangkutan darat (1,290), terminal pengangkutan air (278) dan terminal pengangkutan udara (137),” tambahnya.

Tambahnya, menerusi Op Benteng pula, seramai enam orang PATI telah ditangkap dan tujuh buah kenderaan darat telah dirampas.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 87 buah bot/kapal di perairan negara melalui lima (5) aktiviti penglihatan. – FMT