Kes kekasih maut dipukul: Kenal waktu di Henry Gurney, lelaki ini dedah sikap sebenar Youtuber ‘Jamal’

Kes kekasih maut dipukul: Kenal waktu di Henry Gurney, lelaki ini dedah sikap sebenar Youtuber ‘Jamal’

 

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan satu tragedi menyayat hati apabila seorang gadis berusia 20-an disahkan meninggal dunia selepas dipercayai dipukul oleh kekasihnya bernama Jamal.

Walaubagaimanapun, polis melaporkan telah menahan suspek bersama tiga orang lagi rakannya bagi membantu siasatan.

Kenalan kongsi kronologi kejadian

Tidak terhenti di situ, seorang ‘Youtuber’ terkenal iaitu Izzad Daniel yang juga merupakan pakar motivasi berkesempatan berkongsi kronologi kes yang menimpa Jamal dan arwah kekasihnya.

‘Overthinking’ jadi punca kekasih dipukul

Difahamkan, telah berlaku sedikit perselisihan faham antara Jamal dan arwah apabila wanita berkenaan dikatakan tidak berkomunikasi dengannya.

Hal itu menyebabkan Jamal berasa kurang senang, ditambah pula apabila mendapati lelaki berkenaan sudah tiga ke empat hari tidak tidur hingga dia berhalusinasi.

“Perempuan ni tak tanya dia macam selalu contohnya you dah makan? Buat apa tu?”

Bukan sahaja bertindak memukul, Jamal juga dikatakan telah mengamuk di hospital kerana halusinasinya dan kesan daripada pengambilan dadah.

Sewaktu kejadian, Jamal sempat memberitahu salah seorang kenalannya bernama Adi, memaklumkan keadaan kekasihnya selepas dipukul dan lantas membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun, Jamal didapati telah menyalahgunakan nombor telefon bimbit individu lain yang dikenali dengan gelaran ‘Joker’ hingga akhirnya pemilik nombor berkenaan dipanggil polis kerana disyaki turut terlibat.

Bukan itu sahaja, peristiwa arwah dipukul juga berlaku di rumah Joker membuatkan dia turut terkena tempiasnya.

“Waktu kejadian, Joker tak ada kat rumah sebab dia balik kampung… Sampai kampung dia terdetik nak balik rumah…”

“Joker ni niatnya nak bantu Jamal sebab masa tu dia baru keluar Henry Gurney. Dia sediakan rumah, bagi kerja tapi dibalas dengan taik.”

Menurut Izzad, Jamal mengenali kekasihnya di Henry Gurney dan perkenalan mereka bertambah akrab selepas kedua-duanya dibebaskan.

Arwah berasal dari Melaka dan berhasrat ke Pulau Pinang untuk mencari kerja.

Namun, kejadian lain pula yang menimpanya selepas dia ditemui maut dalam keadaan anggota badannya dipenuhi lebam, kesan daripada tindakan lelaki berkenaan.