Kes gaduh dapat duit palsu dari founder produk, influencer akui hanya ‘marketing’

Kes gaduh dapat duit palsu dari founder produk, influencer akui hanya ‘marketing’

 

Sejak minggu lalu, tular di media sosial seorang influencer mengamuk apabila diberi duit palsu oleh seorang founder produk.

Momen pergaduhan tersebut dikongsikan influencer itu di akaun TikTok miliknya sehingga mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.

Kebanyakan mereka menuduh bahawa kejadian tersebut hanya satu strategi pemasaran kerana sudah mengenali kerenah kedua-duanya yang sering membuat konten marketing.

 

Kes gaduh dapat duit palsu

Walau bagaimanapun, menerusi beberapa posting influencer tersebut di TikTok, dia telah menjelaskan contoh duit palsu yang diterima dan menjawab persoalan netizen mengapa tidak membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum menyerang founder produk berkenaan.

Mengaku memang marketing

Namun begitu, tekaan netizen tepat kerana apa yang mereka lakukan sebelum ini memang marketing sahaja selepas satu potongan video ketika influencer itu sedang membuat live di media sosial tular apabila dia mengakui ia sudah dirancang.

Menerusi TikTok @dayahae_, influencer yang menggunakan nama Puteri Sari itu memaklumkan ada masalah lain selepas video mereka mendapat perhatian tempoh hari.

 

Patutnya cuma tiga hari…

Menurutnya, pada awal ‘drama’ mereka semuanya dalam keadaan baik dan mereka juga sepakat hal tersebut akan berlangsung selama tiga hari sahaja memandangkan dia mempunyai banyak lagi kerja yang harus diselesaikan.

Namun, pihak founder produk itu dilihat seakan sengaja membiarkan masalah tersebut berlarutan dan menggangu perjalanan kerjanya.

 

Bangga jadi pencetus fitnah

Walau bagaimanapun, video tersebut hanyalah potongan daripada live yang dibuat dan cerita asal tentang kejadian itu tidak dijelaskan dengan tepat.

Susulan daripada itu, ramai yang mengakui sudah menyedari marketing sampah yang dibuat oleh mereka sedari awal lagi. Mana tidaknya, banyak kejanggalan dilihat menerusi video yang dikongsikan di TikTok lebih-lebih lagi momen pergaduhan yang nampak sangat palsu.

Dah agak dah sebab tak pergi report polis

Dulu orang takut kena fitnah, sekarang fitnah diri sendiri

Lepas ni dia cakap apa2 malas nak percaya

Bila akhir zaman fitnah dicipta sendiri