Kes dera semakin berleluasa, tular video kanak-kanak dipercayai didera

Kes dera semakin berleluasa, tular video kanak-kanak dipercayai didera

 

Tindakan seorang wanita yang dikatakan ‘kasar’ dengan seorang bayi tular di media sosial sejak semalam.

Video tersebut membangkitkan amarah dalam kalangan warganet yang mengecam tindakan individu berkenaan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Tindakan luar kawalan

Menerusi satu ciapan di Twitter seorang individu berkongsi video-video kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa dera kepada wanita ini. Menerusi video pertama dikongsi, dapat dilihat pengasuh yang bertindak secara kasar dan menampar muka bayi berkenaan serta sama sekali tidak peduli dengan tangisan mangsa.

Sampai ada bayi, tulang tangan retak. Kes dera makin berleluasa.

Menerusi satu video yang lain, dapat didengar tangisan seorang kanak-kanak yang didakwa dipukul menggunakan senduk dan difahamkan kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang.

Dakwa individu itu lagi, video tersebut telah dirakam oleh anak tiri kepada pengasuh yang berusia 11 tahun dan turut dipercayai didera oleh ibunya. Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang info tambahan dan laporan daripada media tempatan.

 Orang yang rakam tu adalah anak tiri kepada pengasuh. Umur 11 tahun. Kena dera jugak.

Respon netizen

Menerusi ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan wanita tersebut dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadapnya.

Tolong pukul dia balik . Please kalau boleh lempang muka dia sampai pekak.

Tak sangup nak tengok video tu sampa habis sedih.

Siapa ada dekat sana, saya nak pesan penampar. Kurang ajar punya orang tua.