Kes Covid-19 dijangka meningkat mendadak di Perak

Kes Covid-19 dijangka meningkat mendadak di Perak

 

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan berlaku peningkatan kes mendadak Covid-19 di Perak dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi lain sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi situasi tersebut.

“Terdapat peningkatan kes Covid-19 di negeri Perak sejak kebelakangan ini terutama kes-kes kategori empat dan lima yang memerlukan rawatan kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Setakat semalam, terdapat 121 pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di ICU dengan kadar purata hari penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya semalam.

Sumber: Kosmo