Kes bayi 4 bulan tercampak di tengah highway: Kereta ‘BMW silver’ jadi punca kemalangan sudah dikenal pasti

Kes bayi 4 bulan tercampak di tengah highway: Kereta ‘BMW silver’ jadi punca kemalangan sudah dikenal pasti

 

Seorang wanita yang memuat naik hantaran Instagram meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi rakaman dashcam sebuah BMW berwarna silver gelap yang menjadi punca kemalangan sudah pun berjaya mengesan kenderaan terbabit.

Menurut Natasya Nadia, dia tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat lanjut mengenai kenderaan tersebut atas sebab keselamatan dan mahu membuat laporan polis terlebih dahulu.

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM STORY @TAASSYYAAAAA

Kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Plus Sungkai arah selatan pada jam 7.30 malam. BMW silver gelap itu didakwa telah menyelit secara tiba-tiba dari lorong kiri di hadapan Proton Inspira yang dinaiki mangsa sekeluarga berada di lorong paling kanan ketika itu.

BMW itu menghimpit kereta mangsa sehingga ia berpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

 

Bayi berusia 4 bulan yang sedang menyusu pada waktu itu, kini sedang bertarung nyawa di NICU (Newborn Intensive Care Unit) akibat patah tulang pinggul, kedua-dua tulang peha dan pendarahan otak akibat tercampak di tengah lebuh raya.

Manakala mangsa pula mengalami kecederaan patah kaki, suaminya pula tersiat isi pada bahagian lengan.

Warganet tidak putus-putus menzahir rasa simpati dan mendoakan mangsa sekeluarga segera sembuh pada ruangan komen hantaran Instagram Nastasya. Orang ramai juga berharap agar si pelaku dapat dikesan secepat mungkin dan dikenakan hukuman setimpal atas pemanduan berbahayanya.