Kes AWAN Teluk Intan : Individu cetus provokasi didedah
Individu yang didakwa mencetuskan provokasi dalam kekecohan semasa kes siasatan cawangan palsu melibatkan anggota Angkatan Wanita (AWAN) Teluk Intan didedah beberapa pihak dalam laman facebook sayap tersebut.
Melalui sekeping gambar yang dikirim, Naib Ketua AWAN Teluk Intan, Zulaiha bt Mohd Azam adalah individu didakwa bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
Zulaiha dikatakan antara pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan maklumat palsu berkenaan penubuhan cawangan Amanah di Teluk Intan.
Dalam kejadian rempuhan masuk ke bilik mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Siasatan dari Amanah Nasional sedang menjalankan sesi soal jawab bagi menyelesaikan masalah yang timbul sejak awal tahun.
Sumber turut mendakwa individu yang terlibat juga pernah terlibat dalam kes melibatkan penipuan projek perumahan sekitar tahun 2017.