Kes amang seksual, Caprice dedah bukti perbualan didakwa libatkan PU Azman & remaja lelaki

Kes amang seksual, Caprice dedah bukti perbualan didakwa libatkan PU Azman & remaja lelaki

 

Penceramah bebas PU Azman semalam dihadapkan ke mahkamah di atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal pada Februari dan Julai lalu.

PU Azman yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurta berwarna gelap ketika itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Terbaru, penyanyi rap Caprice tampil mendedahkan bukti perbualan didakwa melibatkan PU Azman dan seorang remaja lelaki.

Remaja lelaki itu dipercayai menghubungi Caprice mendakwa pernah berbalas mesej di Instagram bersama PU Azman.

Melalui chat yang dihantar remaja itu kepada Caprice, dia mendakwa penceramah tu pernah ajak video call tetapi dia menolak kerana rasa tidak selesa.

I tak pernah langsung vc dengan dia sebab cara dia chat i rasa tak selesa. Dia macam ada unsur-unsur benda yang buruk so i cuba elak. Dia ada kata macam ni, kim ustaz nak ajak vc boleh? Tapi ustaz nak kita dua je tak nak orang dengar. Saya tak selesa dan saya tak report siapa-siapa.

Dia bagaimanapun tidak lapor kepada sesiapa sehinggalah kes ini melibatkan polis baru-baru ini.

Caprice juga meminta sesiapa yang pernah ada pengalaman sama menghubunginya supaya dia dapat mengumpulkan bukti lain.