Kereta peniaga terbalik lepas langgar pokok, netizen simpati lihat kuih-muih bertaburan atas jalan raya

Kereta peniaga terbalik lepas langgar pokok, netizen simpati lihat kuih-muih bertaburan atas jalan raya

 

Tular semalam sebuah posting memaparkan seorang peniaga telah ditimpa kemalangan hingga menyebabkan kenderaannya terbalik dan kuih-muih jualannya habis jatuh bertaburan di atas jalan raya.

432748112 7955874821124228 8638430172238749901 N

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Aza Radzali, kejadian tersebut berlaku di Seksyen 18, Shah Alam dan peniaga berkenaan sedang dalam perjalanan untuk berniaga sebelum kenderaannya melanggar pokok yang mengakibatkan kemalangan.

“Nak nangis tengok brader ni, tapi tahan je tadi. Kita rasa susah macam-macam ujian. Kalau aku kena macam brader ni tak tau la nak cakap apa. 

“Otw nak meniaga kuih kereta accident terlanggar pokok terbalik kereta. Kuih semua berterabur. Agaknya penat sangat kot prepare meniaga. 

“Dari start accident asyik cakap camne nak repair kereta, boleh claim ke. Aku nak call ambulance pun dia tak nak takut kena charge. Alhamdulillah semua settle owner selamat panjang umur. Ramai tolong tadi terbalikkan kereta,” katanya.

432729574 7955874681124242 6864938762000529760 N

432683921 7955874711124239 4180502833977851926 N

Dalam satu perkongsian lain, seorang pengguna media sosial memaklumkan yang dia telah bertemu dengan peniaga terbabit ketika mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.

Peniaga tersebut bersama keluarganya dilihat agak terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka dan ada memberikan nombor akaun bank bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan.

Korang boleh tengok posting brader bawah ini untuk info lanjut.

Apapun sama-samalah kita doakan semoga urusan abang ini dipermudahkan. Sedih sangat tengok karipap berterabur tu.