“Kereta ni tak laju..” – Mangsa masuk longkang, pemandu Evo tak mengaku langgar?

“Kereta ni tak laju..” – Mangsa masuk longkang, pemandu Evo tak mengaku langgar?

 

Tular satu video di media sosial memaparkan satu kemalangan jalan raya dipercayai membabitkan sebuah kereta dan motosikal dalam kejadian berhampiran stesen minyak Shell di Semenyih, Selangor pagi semalam.

Video tersebut dikongsi seorang pengguna Facebook, Muhamad Huzaifah yang memperlihatkan beberapa orang awam menyalahkan seorang lelaki berpakaian warna putih dan bertopi dipercayai pemandu kereta itu.

Berdasarkan rakaman berdurasi seminit 23 saat itu, kereta jenis Evo berwarna mewah tersebut didakwa milik salah seorang pelanggan lelaki terbabit yang sedang melakukan ujian sebelum terlibat kemalangan sehingga dilihat remuk pada bahagian depan.

Tengah ‘test’ kereta, langgar orang?

 

Manakala penunggang motosikal pula dipercayai terbabas masuk ke longkang berhampiran di tepi jalan sementara menunggu bantuan pasukan perubatan tiba di lokasi.

Meskipun dituduh kenderaan dipandu menjadi punca kemalangan, lelaki berkenaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut mengatakan dia tidak memandu dengan laju.

Seorang wanita Syaza Amylia yang mengaku sebagai kakak ipar kepada penunggang itu mendakwa, pemandu terbabit melanggar dari arah bertentangan sehingga menyebabkan mangsa sedang dirawat di hospital akibat kecederaan parah.

Agak parah, patah sana sini

Salah memang pada kereta

Syaza menulis, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan sedang berurusan dengan perkhidmatan peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Komen isteri mangsa

Video dimuat naik menerusi group Malaysia Automotive Sh*tposting itu dikongsi semula lebih 1,000 kali dan mendapat 1,500 komen netizen dimana rata-rata mengecam pemandu terbabit seolah-olah mahu melepaskan diri.