“Kereta besar, rumah bertingkat-tingkat” – Lelaki merungut anak dapat duit raya RM1

“Kereta besar, rumah bertingkat-tingkat” – Lelaki merungut anak dapat duit raya RM1

 

Seorang lelaki ‘complaint’ apabila anaknya terima sejumlah duit raya yang kecil telah berjaya menjadi bualan hangat ramai di media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita di laman Facebooknya, dia berkongsi tangkap layar yang memaparkan rungutan lelaki tersebut yang memperlekehkan pemberian duit raya daripada orang lain.

Lelaki 'complaint'

“Ni nak beritahu jap… Tolong lahh nak bagi duit raya, jangan la bagi RM1. Bila tanya pencen nu pencen ni, kereta besar-besar rumah bertingkat-tingkat bagi duit raya RM1, Naya budak-budak .. Kesian kat mereka

“Dah la zaman lani MAHALDAHNI … jangan buat malu wei. Peka lah sikit si suami-suami dan isteri-isteri nak bagi duit raya kat budak-budak,” ujar lelaki terbabit.

Susulan itu, wanita berkenaan menyelar sikap lelaki tersebut yang tidak bersyukur dan menegaskan duit raya bukan satu kewajipan sebaliknya ia hanyalah sedekah mengikut keikhlasan hati si pemberi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan perkongsian lelaki terbabit dan menitipkan nasihat supaya menghargai setiap pemberian yang diterima.

Dalam pada itu, ada segelintir individu memberi peringatan kepada orang ramai mendidik anak masing-masing menjaga adab ketika berhari raya yang secara tidak langsung dapat menjaga nama baik keluarga.