Kerap muncul dalam iklan forex, Fizo Omar & Wak Doyok diminta bertaubat

Kerap muncul dalam iklan forex, Fizo Omar & Wak Doyok diminta bertaubat

 

Sebut sahaja mengenai pelaburan tukaran mata wang asing atau forex, ramai mengetahui bahawa hukumnya adalah haram kerana ia melibatkan harta ribawi yang mempunyai unsur-unsur riba.

Pun begitu, masih ramai di kalangan orang beragama Islam masih leka dan melibatkan diri dalam ‘dunia ini’, lebih-lebih lagi terdapat dua orang artis yang dilantik menjadi duta syarikat broker global, OctaFX iaitu Fizo Omar dan Wak Doyok.

Berapa OctaFX bayar sampai tergamak nak ambil job iklan tu?

Terbaru, tular ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali Furqan Abdulla mempertikaikan bayaran yang diterima oleh dua orang figura tersebut sehingga sanggup mempromosikan sesuatu yang sememangnya salah disisi agama.

Pada masa yang sama, Furqan meminta supaya dua orang selebriti untuk kembali ke pangkal jalan yang benar.

Aku dah naik menyampah tengok iklan tu. Nak layan Youtube pun tak senang…

Perkongsian itu bukan sahaja menerima kritikan di kalangan warganet terhadap dua orang figura tersebut, malah mereka turut meluahkan rasa menyampah apabila melihat iklan itu ‘muncul’ secara tiba-tiba di saluran Youtube.

Kat MuslimPro pun nak muncul jugak!

Tak adanya nak baca…

Selain itu, ada yang mengatakan ciapan yang berunsurkan teguran dan nasihat kepada mereka itu tidak akan sampai dan dibaca.