Kerap ambil makanan tapi tak bayar, pelanggan kena terjah dengan tuan kedai

Kerap ambil makanan tapi tak bayar, pelanggan kena terjah dengan tuan kedai

 

Bagi restoran yang mengamalkan konsep layan diri, mereka cenderung berdepan dengan masalah pelanggan terlupa membayar makanan mereka sendiri.

Jika perkara itu tidak disengajakan, majoriti pemilik kedai makan tiada masalah untuk menghalalkan bayaran tersebut bergantung pada budi bicara masing-masing.

Namun lain pula hal yang terjadi pada seorang pemilik restoran makanan Pantai Timur berlokasi di Permatang Pauh, Penang ini.

Sebelum ini, terdapat seorang pelanggan perempuan dikatakan berkali-kali tidak membayar makanan yang sudah dibungkus.

Modus operandinya sama sahaja, di mana dia akan terus berlalu pergi ke kereta di saat pekerja di kedai makan itu sedang sibuk menyediakan pesanan pelanggan-pelanggan lain.

Namun kali ini, perbuatan licik itu akhirnya berjaya dihidu oleh pemilik kedai yang mesra digelar sebagai Kak Sal.

Cuba menyelinap keluar sambil membawa bungkusan makanan berjumlah RM70, dia berkeras dan menafikan tidak selalu makan di situ setelah diterjah.

Walhal, ini sudah kali ketiga dia ke sana tanpa membayar sebarang pesanan yang dibuat.

@abezaini1

Last tinggal makanan atas meja kata nk p ambil duit dalam kereta hilang macam tu..šŸ˜… #fyp #CapCut

ā™¬ original sound – Restoran kak sal KelatešŸ„° – Restoran kak sal KelatešŸ„°

Pelanggan terbabit kemudiannya meninggalkan makanan di atas meja dengan alasan mahu ambil duit di kereta sebentar sebelum terus menghilangkan diri.

Walaupun kesalahan pelanggan itu boleh diklasifikasikan sebagai mencuri, ada pula netizen yang begitu mudah meminta pihak restoran Kak Sal menganggapnya sebagai sedekah.

@abezaini1

Replying to @fieza_is #fyp

ā™¬ original sound – Restoran kak sal KelatešŸ„° – Restoran kak sal KelatešŸ„°