“Kerana belum faham” – Mualaf bawa khinzir ke masjid untuk sedekah ibadah korban buat ustaz terkedu

“Kerana belum faham” – Mualaf bawa khinzir ke masjid untuk sedekah ibadah korban buat ustaz terkedu

 

Hari Raya Aidiladha yang disambut penuh kesyukuran dan kesederhanaan oleh umat Islam seluruh dunia sejak beberapa hari lalu turut diserikan dengan pelbagai sisi kelakar khususnya dalam proses menguruskan haiwan qurban.

Di media sosial, ramai orang berkongsikan detik-detik haiwan ini terlepas sehingga perlu dikejar di sekitar kampung. Namun, lain pula halnya dengan kisah di bawah.

Seorang individu yang dikatakan baru memeluk Islam cukup berbaik hati menyedekahkan seekor haiwan sebagai tanda dirinya turut mahu meraikan ibadah qurban.

Namun setelah haiwan itu dihantar ke kawasan masjid, ustaz di sana juga terkedu melihat kelibat khinzir di hadapan matanya. Hinggakan, mereka semua sempat berseloroh ia sesuai dibuat sebagai mas kahwin.

Kerana masih belum faham tentang pemilihan haiwan qurban serta konsep halal haram secara menyeluruh, maka individu berkenaan tidak sengaja menghantar binatang berkenaan ke sana.

Siapa sangka, niat baik mualaf berkenaan untuk berbagi daging qurban akhirnya tidak kesampaian.

@

♬ –

Sejak dikongsikan semalam, klip pendek tersebut sudah meraih 3.2 juta tontonan daripada netizen di aplikasi TikTok. 

Walaupun merasa terhibur dengan ‘insiden’ ini, ramai yang memuji niat murni mualaf tersebut selain mendoakan moga ada pahala di sebalik kebaikan berkenaan.

[VIDEO] Masih Belum Faham, Mualaf Bawa Khinzir Untuk Sedekah Ibadah Qurban